SIAP SEDIA… Jamawi (tengah) bersama ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda bersiap sedia untuk mengerakkan program penambahan ahli dan pendaftaran pemilih baru.
TENOM : Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom mensasarkan tidak kurang dari 1000 orang terutamanya dari kalangan generasi muda yang mencapai kelayakan umur untuk didaftarkan sebagai pemilih sekali gus menjadi ahli Umno dalam program Gerak Gampur Daftar Pemilih dan Keahlian Umno yang bermula awal Mac ini.
Ketua Pemudanya Jamawi Jaafar berkata, ianya akan dibahagikan kepada zon Melalap dan Kemabong mengikut daerah mengundi seperti daerah mengundi Lagud, Tenom Utara, Tenom Selatan dan Kalang
Menurut beliau lagi setiap ahli jawatankuasa dari Pergerakan tersebut akan diberikan tanggungjawab bagi menyelaras program mengikut daerah mengundi yang dibantu oleh Ketua-ketua Cawangan Pergerakan Pemuda Umno di setiap daerah mengundi.
MESYUARAT..Jamawi bersama ahli jawatankuasanya semasa mesyuarat tersebut.
“Berkonsepkan ‘Aku Anak Kampung’, setiap ahli jawatankuasa Pemuda diberikan tanggungjawab yang dibantu oleh Pergerakan Pemuda di peringkat cawangan akan turun padang menemui anak-anak muda di peringkat akar umbi untuk menjayakan kempen ini” katanya ketika ditemui selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom di Pejabat Pergerakan itu kelmarin.
Hadir sama Naib Ketua Pergerakan Pemuda Rusali Andiar dan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom Imam Mohd Taslim Tahir.
Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berkata, perlaksanaan program ini juga sebagai KPI kepada ahli jawatan Pergerakan Pemuda Umno bahagian itu bagi mencapai sasaran untuk mencari ahli baru parti sekaligus mendafarkan mereka yang layak untuk menjadi pemilih berdaftar dengan SPR.
“Saya yakin dengan komitmen serta kesungguhan mereka (jawatankuasa yang dibentuk) akan dapat menjayakan program ini sepenuhnya dan sasaran kita untuk mendapatkan lebih dari 1000 orang ahli dan pemilih baru akan dicapai” katanya.
No comments:
Post a Comment