Saturday, 21 February 2015

ROSNAH : AKADEMI BINAAN MALAYSIA KEDUA DI SABAH



PROGRAM JASA DI RADIO….Rosnah bersama Pengarah Jasa Abdul Manap Lakariba dan pegawai pegawai kanan yang mengendalikan program tersebut di  Stadio RTM Kepayan


KOTA KINABALU: Sabah bakal memperolehi sebuah lagi  Akademi Binaan Malaysia (ABM) sebagai tambahan akademi yang sedia ada yang terletak di Inanam ketika ini.

Timbalan Menteri Kerjaraya Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata,  kementerian beliau kini dalam perincian bagi mengenal pesti  tapak serta lokasi pembinaanya.


Katanya  sebaik sahaja tapak serta lokasi yang sesuai sudah dikenal pasti  di samping kerja-kerja teknikal disiapkan, perlaksanaan projek ini akan dimulakan bagi menambah enam  Akademi Binaan Malaysia yang sudah sedia ada di Negara ini iaitu di Wilayah Tengah, Sabah,Sarawak Timur Utara dan Selatan.  


WAWAN CARA….Rosnah ketika diwawancara oleh pemberita semasa majlis tersebut


“Kita berharap perlaksanaan (ABM) yang kedua di negeri ini dapat dilaksanakan pada tahun ini, yang mana kementerian kini sedang mengenal pasti tapak serta lokasi kedududkan projek ini bakal dilaksanakan” katanya ketika ditemui selepas menjayakan program Jasa  Di Radio di bangunan Kompleks Bersepdau KPKK (RTM) Kepayan pagi kelmarin. 

Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Abdul Manap Lakariba serta pegawai-pegawai kanan JASA dan RTM.  

Menurut Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar, pembinaan satu lagi kampus  ABM  di Sabah akan memberikan nafas baharu dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga kerja teknikal yang berkemahiran tinggi.

Katanya, pekerja berkemahiran amat diperlukan bagi menjana kemajuan Negara khususnya di Sabah yang pesat membangun. 

Menurut beliau, penglibatan kerajaan dengan kerjasama pihak swasta  dalam perlaksanaan projek ini memastikan  kerajaan dapat memfokuskan program latihan bagi melahirkan pekerja teknikal berkemahiran tinggi.

"Saya pasti, generasi muda akan memberikan  maklum balas (respons )yang baik kerana mereka tidak akan kecewa  sebaik keluar dari akademi ini  yang memperolehi manfaat  ilmu pengetuhan terutamanya  dalam bidang kemahiran yang memudahkan mereka memperolehi pekerjaan," katanya.

Dalam perkembangan lain Rosnah juga berkata Kementerian Kerja Raya telah pun meluluskan dua daripada 5 cadangan bagi membina Jejambat (Flyover) di negeri ini iaitu di Batu 5 ½ Jalan Tuaran–Jalan Lintas dan di persimpangan Jalan Kolam Bukit Padang–Jalan Lintas.

“Tawaran kepada kontraktor yang terpilih telah pun dikeluarkan  pada bulan lepas dan kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini iaitu selain pembinaan jejambat ini, kerja-kerja menaik taraf jalan Lintas Batu 5 ½ Jalan Tuaran–kelombong daripada 4 lorong akan dinaiktaraf kepada 6 lorong dan kerja-kerja pembinaan ini akan  mengambil masa selama 30 bulan dijangka siap pada tahun 2017” katanya.

Menurut Rosnah dengan siapnya projek pembinaan jejambat  serta menaik taraf jalan ini, masalah kesesakan jalanraya di dua lokasi ini yang semakin meruncing  ketika ini akan dapat dikurangkan bagi memberikan kemudahan yang lebih baik kepada pengguna jalanraya di negeri ini.

No comments:

Post a Comment