OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN : Orang Kurang Upaya Cacat Penglihatan (Buta) tidak terpinggir masih ada orang dan insan yang lain menyayangi mereka.
Mereka sudah semestinya enggan dilahirkan sebegitu rupa tapi semuanya takdir yang menentukan nasib seseorang insan yang dilahirkan kedunia ini dalam keadaan serba serbi kekurangan ataupun dalam keadaan sempurna.
Sempena menyambut Tahun Baru Cina bakal jatuh pada 19 Februari ini satu rombongan ahli-ahli DAP Sandakan yang diketuai Oleh Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong telah membuat lawatan amal ke Pusat Orang-Orang Buta Taman Cahaya Sungei Manila sambil memberi Ang Pow dan bantuan-bantuan lainnya kepada penghuni Wisma Taman Cahaya di sini.
“Walaupun kami ini ahli daripada pembangkang kami juga mempunyai sifat-sifat kasih sayang terhadap insan-insan yang kurang upaya sambil kami melawat melihat-lihat situasi mereka sambil juga kami menghulur sedikit bantuan yang kami termampu kepada penghuni Taman Cahaya” jelas Wong.
No comments:
Post a Comment