Friday, 20 February 2015

NGO BANTU PERKASAKAN PERPADUAN



DIHARGAI…Fadli menerima cendera kenangan dari penganjur selepas merasmikan mesyuarat agung tersebut


KOTA BELUD :  Persatuan  dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di negeri ini diminta menjalinkan bekerjasama rapat antara satu sama lain untuk membantu kerajaan mengekalkan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.


Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Kota Belud Haji Fadli Juanas berkata, dalam melaksanakan apa juga aktiviti persatuan keutamaan perlu diberikan bagi membantu usaha kerajaan memelihara keharmonian dan keamanan Negara secara berterusan.

Menurut Fadli, perpaduan adalah amat penting memandangkan ia adalah menjadi kunci utama dalam memastikan kestabilan politik, ekonomi dan sosial sesebuah negara.

"Tanpa kestabilan, pembangunan negara akan terencat dan akan sekaligus menjejaskan pembangunan ekonomi dan sosial," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Amal Jariah kali ke 19  Kampung Suang Punggor dekat sini baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu Fadli berharap semua pihak perlu berganding bahu mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini kerana ianya bukan sesuatu yang mudah untuk diperolehi.

"Perlu diingat bahawa kepimpinan terdahulu telah bertungkus lumus mewujudkan perpaduan dan pembangunan negara ini, justeru peranan kita baik dalam persatuan atau individu adalah memertahankan permaufakatan sesama kita” katanya.

Mengulas program tersebut, Fadli memuji usaha yang dilakukan oleh komuniti setempat yang telah menubuhkan persatuan tersebut yang bertahan sehingga kini yang mengambarkan tahap perpaduan penduduk kampung begitu erat.

"Saya berharap persatuan ini terus bergerak ke hadapan bukan sahaja menumpukan kegiatan kegiatan berbentuk kebajikan namun merangkumi kegiatan berbentuk pendidikan, ekonomi dan agama untuk kepentingan ahli dan masyarakat setempat” katanya. 

Beliau juga berharap persatuan Amal Jariah dapat memainkan peranan bagi membantu kerajaan yang telah banyak membawa tranformasi demi kepentingan rakyat.


GALERI ACARA : 



TANDA HORMAT…Fadli bersalaman dengan penduduk kampung sejurus tiba untuk merasmikan mesyuarat agung tersebut



SOKONGAN..Antara ahli persatuan yang hadir ke mesyuarat agung tersebut




AMANAT..Fadli ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tersebut





TERHARU..Seorang mak cik terharu dengan kehadiran Fadli ke majlis tersebut

No comments:

Post a Comment