OLEH: AZMI AZMAN
SANDAKAN : Wartawan Kanan Sabahkini.net Shaimon S Jumadi (gambar) malam tadi telah menerima mesej dan panggilan handphone dari seseorang yang tidak dikenali dengan menggunakan nombor 01116006768.
Mesej yang dikirim berbentuk ugutan dan ancam bunuh, cacian dan melalui panggilan pula memberitahu bahawa ada orang yang akan metelak bom ikan di rumah Taman Mesra Blok 17.
Shaimon yang ditemui di kediamannya menunjukkan mesej yang diterima daripada pengirim, memang sah beliau akan dibunuh termasuk seluruh anggota keluarga, satupun tiada yang tinggal.
Bom Ikan....bakal membunuh Shaimon dan keluarganya menurut ugutan berkenaan
Namun keluarga sebelah Saimon dan sebelah isterinya kini sedang bersiap sedia berdepan dengan orang yang mengancam, dikatakan kemungkinan akan berlakunya perkara buruk yang menimpa orang yang membuat ancaman itu.
Nombor handhone 01116006768 sudah pun dihantar kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapat pengesahn siapa pemiliknya untuk memudahkan pihak polis menjejaki orang yang menggunakan nombor itu.
“Orang yang mengancam saya menggunakan hensed memang bodoh sebab ianya dapat dikesan oleh pihak SKMM dan polis pada masa terdekat ini” katanya.
Kata Saimon lagi, motif pembunuhan itu berdasarkan ugutan supaya saya letak jawatan daripada Wartawan Sabahkini.net kerana tulisan saya banyak berkisar kepada pembongkaran hal-hal songsang.
“Saya tidak akan tunduk terhadap apa-apa ugutan, apa yang saya buat adalah untuk kebaikan daripada keburukan sejajar dengan konsep Sabahkini: ‘MEMBONGKAR KEBENARAN –MEMPERTAHANKAN KEJUJURAN’, “ Ujarnya.
KALAU MAHU BUNUH BUNUHLAH APA LAGI SAYA TIDAK AKAN TUNDUK SEBARANG UGUTAN
ReplyDelete