Tuesday 10 February 2015

GOTONG ROYONG HAPUS DENGGI DAPAT SAMBUTAN


OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN : Program Gotong Royong Perdana Taman Mawar Fasa 1 bagi pencegahan Denggi yang diadakan pada hari ini  mendapat sambutan  yang amat menggalakkan dari aspek sudut penyertaannya.


Program yang bermula dari jam 8.00 dan berakhir jam 10.50 pagi anjuran Jabatan Kesihatan Sandakan telah disertai seramai 200 orang yang terdiri daripada NGO, Ahli-Ahli Politik, Kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan penduduk Taman Mawar.

Kumpulan daripada DAP yang turut menyertai program itu diketuai oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Sandakan, sementara kumpulan daripada parti PAS Batu Sapi Haji Hamzah Hj Abdullah dan PKR diketuai Jasman.



Mungkin menjadi sejarah paling manis bagi penduduk-penduduk Sandakan apabila program Gotong Royong basmi denggi anjuran pihak Kerajaan khususnya Jabatan Kesihatan menjemput parti-parti pembangkang seperti DAP-PAS dan PKR untuk sama-sama menyertai gotong royong bagi membantu membasmi nyamuk aedes punca denggi.

Apapun Amsi Liew wakil DAP Haji Hamzah Hj Abdullah Wakil PAS, Jasman wakil PKR dan Abdul Hamid Sabal wakil PERKASA Sandakan mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian menjemput untuk menyertai program gotong-royong itu untuk membasmikan denggi.

Daripada PERKASA Abdul Hamis Sabah berkata tindakan Jabatan Kesihatan Sandakan menjemput part-parti pembangkang untuk turut serta program itu adalah satu petanda baik untuk membuat kerja amal tanpa perlu mengira  fahaman ideologi politik yang berbeza, yang penting  kerjasama  yang erat  dan di samping mempunyai sikap jati diri untuk kebaikan semua.

Kata Hamid lagi, nyamuk aedes kalau hendak menyerang mangsanya tidak akan  ‘memilih bulu’ atau mengenal siapa pun parti BN atau pembangkang. 

“Saya amat terharu apabila pihak Jabatan Kesihatan menganjur gotong-royong yang telah mendapat sambutan luar biasa. Cuma yang saya paling kesal, begitu luasnya dan banyak rumah yang ada di sini, penyertaan dari penduduk hanya menampilkan beberapa orang sahaja penduduk, ke mana pulak yang selebihnya?


“Sedangkan Taman Mawar paling tinggi dan ramai penduduk-penduduk mendapat jangkitan demam denggi pada tahun lalu sehingga  ke hari ini iaitu sebanyak 7 kes yang hampir maut dijangkiti wabak demam denggi berdarah  pun masih tidak mahu bekerjasama untuk membersihkan kawasan kediaman masing-masing malah, masih mengharapkan orang lain” tegas Hamid yang jengkel dengan sikap penduduk yang buta mata buta hati.

No comments:

Post a Comment