Sunday, 15 February 2015

JALAN BULATAN DEPAN MASJID DAERAH PERLU PASANG LAMPU ISYARAT


OLEH: SHAIMON S  JUMADI



SANDAKAN : Jalan bulatan di depan Masjid Daerah perlu dipasang lampu isyarat untuk mengurangkan berlakunya kemalangan jalan raya yag amat mengerikan.


Jalan bulatan itu tiada langsung papan tanda dipasang sebagai panduan kepada para pemandu yang melalui jalan tersebut sehingga banyak mengorbankan nyawa apabila berlakunya kemalangan.

Pada tahun 2014 mulai Januari sehingga akhir Disember 2014, kemalangan yang membabitkan motorsikal  sahaja sebanyak 10 kes sementara yang membabitkan kenderaan sebanyak 6 buah.

Kemalangan yang membabitkan motorsikal dalam 10 kemalangan yang berlaku di jalan bulatan itu hanya 4 kes sahaja yang selamat manakala 6 lainnya  mati serta-merta dan difahamkan kesemua kes kemalangan tersebut dibuang kes begitu sahaja  tanpa  dbawa kemahkamah untuk dibicarakan.

Sementara kemalangan yang membabitkan kenderaan sebanyak 5 kes 2 daripadanya selamat 3 mati di tempat kejadian.

Pada bulan Januari 2015, kemalangan berlaku membabitkan dua kenderaan  dilaporkan semua selamat manakala yang membabitkan motorsikal 4 orang semuanya mati serta-merta dan termasuk kemalangan yang berlaku kelmarin pun dilaporkan mati juga.

Walaupun jalan bulatan itu telah banyak mengorbankan nyawa sepanjang tahun 2014 seramai 15 orang, namun pihak Jabatan Kerja Raya yang bertanggungjawab keatas jalan raya mereka seolah-olah tidak memperdulikan langsung apa yang sudah berlaku di jalan bulatan itu.

Dicadangkan untuk mengelakkan dan mengurangkan kemalangan terutama sekali yag membabitkan motorsikal seharusnya Jurutera Bahagian JKR agar mengambil alternatif untuk memasang Lampu Isyarat di Jalan Bulatan tersebut.

Kegagalan pihak JKR memasang lampu syarat di Jalan Bulatan itu maka  dijangka sebanyak 90 peratus mereka bakal menjadi mangsa korban dalam nahas jalan raya yang berlaku di bulatan itu.


Pendek  kata Jalan Bulatan di depan Masjd Daerah adalah salah satu jalan maut, sesiapa yang melalui jalan itu jika tidak berhat-hati, liang lahat, kain kafan, batu nisan dan keranda sudah menunggu kepulangan para pemandu ke rahmatullah tanpa mengira latarbelakang atau usia termasuklah orang-orang JKR sendiri  dan Juruteranya. 

1 comment:

  1. MAMPUS JURUTERA ORANG2 JKR MATI DIATAS JALAN RAYA DEPAN MASJID NI DOA KAMI KERANA KAMU BIKIN JALAN TIDAK MENGIKUT PLAN INDUK SEBENARMYA

    ReplyDelete