KUPASAN DARI MEJA WARTAWAN KANAN SABAHKINI.NET
SHAIMON S JUMADI
IKAN....yang telah diawet melalui suntikan 'Awet Mayat Manusia'
TINDAKAN para peniaga di bandar-bandar utama yang menyuntik ikan-ikan dengan menggunakan air keras (air mayat) telah terbongkar di Keningau, Sandakan dan Lahad Datu.
Kebanyakkan jenis ikan yang disuntik itu ialah ikan merah, ikan putih dan termasuklah ikan panit (ikan tongkol ) dan semangin (menangin) supaya ikan-ikan tersebut jual di pasaran akan bertahan lebih lama seperti mana mayat kalau disuntik pengawet khas akan menjadi keras dan tidak mudah reput bertahan berbulan-bulan.
Berhubung dengan isu ini saya ingin merujuk berita yang tersiar di Sabahkini.Net yang bertajuk APS : JABATAN PERIKANAN HARUS SIASAT KEGIATAN MENYUNTIK UBAT PENGAWET MAYAT KE DALAM IKAN pada 6hb Februari 2015.
Perkara menyuntik ikan menggunakan bahan pengawet atau air mayat (Air Keras) lama sudah diketahui umum tetapi mereka tidak ambil kisah walaupun ikan-ikan yang disuntik itu apabila dimakan akan membawa kemudaratan kepada kesihatan manusia seperti kecenderungan untuk mendapat sakit kanser amatlah berisiko tinggi.
Dalam kesempatan ini saya mengucapkan syabas atas kebaranian Naib Presiden Angkatan Pertubuhan Sabah (APS) Paul Kadau yang membongkar aktiviti-aktiviti menyiraman air mayat ke atas ikan-ikan tersebut.
Ini semuanya berpunca daripada ketiadaan pemantauan oleh Jabatan Perikanan, maka kegiatan menyuntik ikan dengan menggunakan air mayat semakin menjadi-jadi dalam kalangan sesetengah peniaga ikan di beberapa bandar utama di Sabah ini.
Bagi pendapat para peniaga yang tidak bertanggungjawab berkenaan, perbuatan mengawet ikan
Petikan berita yang ada hubung kaitan isu tersebut :
Oleh: DARREL MAT SALONG
PAUL KADAU selaku Naib Presiden APS.
KENINGAU: Angkatan Perubahan Sabah (APS) Keningau memandang serius kegiatan segelintir pembekal ikan ke daerah pedalaman khususnya di Keningau dipercayai telah memasukkan ubat ‘Pengawet Mayat’ ke dalam ikan menggunakan suntikan berdasarkan rakaman video yang dihantar ke pihak APS.
Justeru, Jabatan Perikanan dan juga lain-lain agensi yang berkaitan digesa agar melakukan pemeriksaan mengejut terhadap pembekal-pembekal ikan sebelum ianya diedarkan atau dijual ke setiap daerah di negeri ini, kata Pengerusinya Paul Kadau, ketika memberitahu pemberita pada Ahad.
APS Keningau telah menerima rakaman video iaitu pembekal-pembekal sedang memasukkan ubat pengawet mayat itu ke dalam ikan mengunakan ‘injection’ namun tidak diketahui jenis pengawet yang digunakan, tegasnya.
“Saya difahamkan perbuatan ini sudah lama diamalkan oleh beberapa pembekal ikan agar ikan laut kelihatan segar dan tahan lama tanpa menghiraukan kesihatan orang ramai.
“Ramai penduduk terutama sekali pembeli ikan merungut dan merasa hairan mengapa rasa kelazatan ikan laut sejak kebelakangan ini apabila dimakan rasanya tidak sedap terutama sekali apabila digoreng,” ujarnya.
Paul yang juga merupakan Naib Presiden APS berkata, beliau tidak bermaksud untuk menyalahkan para penjual ikan di mana-mana pasar ikan di pedalaman kerana mereka sebenarnya langsung tidak menyedari masalah tersebut.
Tambahnya, pihak berkuasa terutama sekali Jabatan Perikanan agar mengambil perhatian serius perkara tersebut serta mengambil tindakan tegas mengikut undang undang yang sedia ada terhadap pembekal ikan yang didapati mengunakan ubat mayat.
Hal ini kerana, perbuatan sedemikian tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana kesannya akan menjejaskan kesihatan manusia pada keseluruhannya secara jangka panjang, tegasnya.
No comments:
Post a Comment