Tuesday 10 February 2015

BANJIR MELANDA KAMPUNG PANGKALAN BUKIT GARAM


TURUN PADANG...Bung bersama rombongan meredah banjir di kampung Pengkalan Bukit Garam bagi meninjau keadaan banjir yang mula melanda kampung tersebut.


KINABATANGAN : Keadaan cuaca yang tidak menentu hujan sejak beberapa hari lalu menyebabkan kawasan di Pangkalan Bukit Garam  Kinabatangan mula dilanda banjir. 


Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin ,Timbalan Ketua Umno bahagian Jafry Ariffin bersama kepimpinan Umno bahagian  dan pemimpin masyarakat tempatan pagi kelmarin turun padang  bagi meninjau keadaan banjir yang mula melanda di  kampung  tersebut.



NASIHAT...Bung memberikan kata-kata nasihat kepada salah seorang penduduk semasa meninjau keadaan banjir di kampung Pangkalan Bukit Garam

Menurut Bung yang juga Ketua Umno Bahagian Kinabatangan, keadaan masih terkawal dan setakat ini menurut beliau belum ada penduduk di kawasan tersebut yang di pindahkan  ke Pusat Pemindahan Banjir kerana keadaan banjir tidak begitu membimbangkan kecuali jika hujan berterusan.

Bagaimanapun menurut   Bung  yang juga Pengerusi Felcra Berhad, beliau telah meminta Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Kinabatangan agar sentiasa memantau keadaan dan bersiap siaga  bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku .

Beliau juga turut mengingatkan penduduk di kawasan tersebut agar sentiasa berwaspada  dan sentiasa mengikut arahan  yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa  sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.

No comments:

Post a Comment