Wednesday 4 February 2015

BORNEO ENTREPRENEURIAL BREAKTHROUGH DATANG LAGI KE SABAH




KOTA KINABALU: Creative Dreams International (CDI) akan mengadakan pelancaran Program Borneo Entrepreneurship Expansion (BEX) 2015 di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, pada 7 Februari 2015,  bermula  jam 12 tengahari.


Ahli Lembaga Pengasas Borneo Apprentice, Raynold Thomas  berkata, Program itu di anjuran oleh Borneo Apprentice.

Katanya, CDI adalah sebuah syarikat yang mendapat pengiktirafan daripada Multimedia Supercorridor dengan status Malaysia Status Company.

“Syarikat yang telah beroperasi selama lima tahun ini,  telah mendapat perhatian daripada kerajaan sehingga mendapat konsesi kerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Malaysia pada tahun 2014.

“CDI juga telah berkembang dengan pesat sehingga ke beberapa buah negara di Asia seperti Indonesia, India, dan Filipina. Dengan program e-Pembelajaran yang ditawarkan, CDI mampu menjadi salah satu penyumbang kepada ekonomi negara.

“Selain daripada menyediakan medium pembelajaran yang lebih efektif melalui program Focus-A dan Roony and Pals in Doodleville, syarikat ini juga boleh menjadi sebuah platform pembangunan kerjaya kepada masyarakat Malaysia khususnya dan seantero dunia amnya,” katanya

Raynold  berkata, Program BEX merupakan kesinambungan bagi program Borneo Entrepreneurial Breakthrough (BEB) 2014 untuk masyarakat Borneo yang telah dijalankan pada tahun 2014 di beberapa buah daerah terpilih di seluruh Sabah.

Menurutnya,  BEB adalah sebuah program yang bertujuan untuk memberikan gambaran peluang perniagaan yang dikhususkan kepada masyarakat di sekitar Sabah.

“BEX dijalankan bagi tujuan pemerkasaan usahawan yang telah dihasilkan melalui program BEB lepas.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Borneo Apprentice, Roslenda John Raimin berkata, pada sesi jerayawara BEB 2014 di daearah Papar, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin telah merasmikan program berkenaan dengan harapan agar para ahli perniagaan perlu merebut segala peluang yang ada.

Sehubungan itu katanya, prospek kehadiran yang dijangkakan adalah mereka yang sedang mencari kerjaya yang sesuai terutama para graduan yang baharu sahaja menamatkan pengajian atau sesiapa sahaja yang ingin mengubah gaya kehidupan seharian.

Menurut Roselinda, salah satu misi program ini adalah untuk membimbing masyarakat Borneo yang ingin mengubah mutu kehidupan mereka  tanpa mengira latarbelakang pendidikan, keluarga, agama, bangsa dan keturunan dalam bidang keusahawanan e-Franchise Network Marketing bertaraf antarabangsa.

Katanya, Program itu, dijangka akan dIrasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar,  Datuk Masidi Manjun.


Untuk keterangan lanjut bagi menyertai program ini, orang ramai bolehlah mendapatkan tiket melalui  Roselinda John Raimin di talian 0194570026 dan  Raynold Thomas di talian 01131534203. Manakala tempat duduk adalah terhad kepada 500 penyertaan sahaja.

No comments:

Post a Comment