Friday 20 February 2015

KAUM BUMIPUTERA DISERU REBUT SEGALA PELUANG


OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN : Kaum bumiputera di Negeri ini khususnya daerah Sandakan diseru agar  merebut segala peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam pelbagai sudut aspek.


Pertama, peluang besar yang sedia  ialah peluang peniagaan kaum bumiputera yang  cenderung dalam aspek dunia peniagaan memang amat digalakkan   untuk memartabatkan pertumbuhan ekonomi bagi menjana pendapatan.

Pengerusi Perhubungan merangkap Ahli Majlis  Tertinggi (AMT) Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah Abang Jorgy Abang Hj Juana berkata demikian ketika memberi ucapan alu-aluan pada  majlis penutupan kursus Pemperosesan Sos dan Hasil Ikan anjuran Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah dengan kerjasama MARDI  negeri Sabah yang berlangsung di  Bilik  Mesyuarat DPBS di Bandar Prima KM 7.9 Jalan Utara dekat sini petang tadi.

Kursus yang diadakan selama dua hari yang bermula pada 14hb Febuari dan berakhir pada 15hb Febuari 2015 telah disertai seramai 60 orang yang terdiri daripada  masyarakat bumiputera setempat.


Abang Jorgy berkata, mereka yang telah mengikuti kursus berkenaan sekembalinya ke rumah nanti mereka boleh mencuba membuat sendiri  sos yang dibuat daripada hasil ikan sama ada untuk dijual atau dimakan sendiri.

No comments:

Post a Comment