Wednesday 4 February 2015

KPDNKK GAGAL PANTAU PENIAGA NAIKKAN HARGA BARANG 80 PERATUS


OLEH: CHARLES P ANDIANG



KOTA KINABALU: Kegagalan pihak Kemterian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan  Kepenggunaan (KPDNKK) memantau harga barangan membuat para peniaga kedai runcit dan beberapa buah gedung pusat membeli-belah sesuka hati menaikkan harga barangan sebanyak  60 hingga 87  peratus.


Kenaikan harga berapa barangan keperluan telah dirasai oleh para pengguna di sekitar bandar Kota Kinabalu dan di beberapa bandar utama Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.

Ini adalah disebabkan kegagalan pihak KPDNKK  memantau kedai-kedai runcit dan pusat-pusat membeli belah maka mereka langsung tidak menghiraukan walaupun harga minyak petrol dan diesel  turun menjunam namun tiada  impak kepada para peniaga dan masih menaikkan harga sesuka hati mereka sahaja.

Tambahan lagi perayaan Tahun Baru Cna yang bakal menjelang dua minggu lagi akan disambut, maka  para peniaga  telah mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan niaga mereka dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan risikonya.

Seorang pelanggan yang hanya dikenali Lim Kim Soo memberitahu kepada Wartawan katanya, barang-barang keperluan  harian kini harganya semakin mahal dijual di kedai-kedai runcit berhampiran.

Kata Lim lagi penurunan minyak Petrol RON 1.70 sen seliter namun harga barang semakin  hari kian mahal ini semua berpunca daripada kegagalan pihak KPDNKK yang buta mata, buta hati membiarkan para peniaga untuk meraikan keuntungan berlebihan.


No comments:

Post a Comment