Monday 9 February 2015

Lawatan Kedai Ke Kedai Di Pekan Tenghilan Dan Tamparuli Sempena Cny 2015




Tamparuli : Sempena perayaan ‘Chinese New Year 2015’ yang bakal menjelang tiba Febuari ini, pasti ramai penduduk kampung mahu pun warga kota atau pekan yang berbangsa cina berkunjung ke kedai-kedai untuk persiapan perayaan. Dalam pada itu, para peniaga pastinya sibuk menghiasi kedai atau ‘booth’ masing-masing dengan perhiasan atau landskap serba merah di setiap sudut pekan mahupun premis sendiri.


Sebagai pemimpin rakyat yang prihatin kepada semua lapisan masyarakat yang ada di Malaysia khususnya di Sabah, satu lawatan dan kunjungan mesra bersama masyarakat Cina di adakan di kedai-kedai sekitar pekan Tamparuli dan Tenghilan kelmarin.

Lawatan yang dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Madius Tangau Ahli Parlimen Tuaran diiringi oleh Datuk Jahid Jahim selaku Ketua Bahagian PBS N9 Tamparuli dan Penolong Pegawai Daerah Tamparuli Celestinus Lawanding.




Kemeriahan suasana kunjungan ke kedai-kedai sungguh meriah kerana mendapat sambutan para peniaga di situ dengan diiringi persembahan tradisi tarian Singa. Para peniaga dikatakan berpuas hati akan lawatan YB Datuk Madius kerana seolah-olah kaum lain juga turut serta merasai kemeriahan kehangatan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba.

Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Ketua Bahagian MCA En Chua Sheng Kian dan rombongan ahli-ahli UPKO, PBS, MCA, UMNO dan kakitangan pejabat Ahli Parlimen Tuaran, kakitangan UPPM N9 Tamparuli dan Kapitan-kapitan Cina.


No comments:

Post a Comment