Tuesday 17 February 2015

PENURUNAN KADAR TARIF ELEKTRIK DI SABAH TIDAK ADIL, DAKWA WONG


Oleh: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN : Tindakan Kerajaan BN adalah tidak adil terhadap orang Sabah tahun lepas semasa menaikan kadar tarif elektrik di negeri ini sebanyak 16.9% lebih tinggi berbanding di Semenanjung.

Kini penurunan kadar tarif elektrik di Sabah hanya diturunkan 1.2sen/KWJ atau kadar penurunan 3.5% sahaja, manakala kadar penurunan tarif  elektrik di Semenanjung sebanyak 5.8% atau 2.25sen/KWJ dan ini tidak adil untuk rakyat  Sabah.


Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong berkata, Sabah merupakan negeri pengeluar utama petroleum dalam negara, tetapi kini kerajaan BN menurunkan tarif elektrik, kadar penurunan tarif elektrik Sabah adalah kurang berbanding dengan Semenanjung, hal ini amat mengecewakan orang Sabah. 

“Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri BN, serta menteri BN harus menjelaskan apa sebabnya kadar kenaikan tarif elektrik Sabah lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung, manakala semasa menurunkan tarif pula kadar Sabah adalah kurang berbanding dengan Semenanjung, sila berikan penjelasan.” kata Wong.

Wong juga berkata, kerajaan BN perlu menjamin peruntukan sebanyak RM 2.3billion yang diberi untuk 81 projek pembangunan kemudahan elektrik dalam tempoh 5 tahun, perlu digunakan sepenuhnya dalam negeri Sabah.

Menurut Wong, pada tahun 2011 hingga 2015, kerajaan BN memberikan peruntukan RM 2.4 billion di bawah RMK10 untuk projek pembangunan sistem elektrik Sabah, tetapi akhirnya hanya mendapat RM 300juta peruntukan, hanya 12.5% tercapai daripada sasaran asal.


“Berharap menteri BN mengumumkan peruntukan untuk Sabah, jangan hanya untuk memenangkan hati rakyat Sabah. Yang orang Sabah mahu ialah kerajaan betul-betul menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah, diharap kerajaan dapat menepati janji.”  Ujarnya.

No comments:

Post a Comment