Wednesday, 4 March 2015

TUDUHAN DIBERIKAN KAWASAN BALAK, PBBS BUAT LAPORAN POLIS



LAPORAN….Lajim (tengah)  bersama rombongan selepas membuat laporan Polis di IUbu Pejabat Polis Daerah Beaufort


BEAUFORT: Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) pada sabtu lepas membuat laporan polis berhubung kenyataan  individu tertentu kononnya persatuan tersebut telah memperolehi kawasan Balak daripada kerajaan.


Presidennya Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin  berkata dakwaan itu tersebar di laman sosial seperti Facebook dan WhatsApp.

"Perkara ini akan menimbulkan implikasi  kepada (PBBS) termasuk menjejaskan imej saya sebagai Presiden (PBBS), selain mencetuskan  persepsi negatif dalam kalangan ahli persatuan dan masyarakat Bisaya secara keseluruhahnya" katanya ketika ditemui selepas membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort.

Menurut Lajim yang juga Wakil Rakyat Kawasan Klias, dakwaan invidu berkenaan adalah tidak benar sama sekali dan seolah-olah sengaja mahu menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan PBBS.

Katanya, sebelum ini isu tersebut pernah ditimbulkan  dan berkemungkinan dilakukan individu yang sama dengan tujuan untuk menjejaskan imej beliau sebagai Presiden dan PBBS.

“Malah, ada pihak menuduh  saya menggunakan  atau  menjual nama  persatuan demi kepentingan politik, disamping penghinaan terhadap  bangsa Bisaya dan barisan kepimpinan tertinggi PBBS yang tidak berpendidikan” katanya.

Isu ini timbul di dalam komen komen di Halaman Sosial berhubung dengan pembinaan Pusat Kesenian dan Kebudayaan Bisaya yang dipolitikan oleh pihak pihak tertentu.

“ Perlu saya tegaskan PBBS bukan parti politik, malah dalam barisan kepimpinan ahli majlis tertinggi  ahli-ahlinya terdiri dari pelbagai fahaman politik, bagaimana pelbagai fintah dan tomahan dilontarkan kepada PBBS hanya kerana kedudukan saya dalam parti pembangkang” katanya.

Tambah Lajim, pembinaan Pusat Kesenian dan Kebudayaan Bisaya adalah peruntukan dari kerajaan Pusat untuk   masyarakat Bisaya bukan diberikan atas sifat  beliau sebagai individu yang mempimpin persatuan tersebut, malah sebelum ini (PBBS) secara rasmi  telahpun merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan  khususnya Perdana Menteri kerana meluluskan peruntukan untuk membina bangunan tersebut.

Menurut Lajim, PBBS tidak gusar atau menolak sebarang pandangan dan cadangan positif baik dari ahli dan masyarakat Bisaya keseluruhannya, namun ianya perlu dilakukan dalam saluran yang betul bukannya di Halaman Sosial hanya untuk menjatuhkan imej kepimpinan PBBS yang sedia ada.

“Saya faham bahawa dalam suasana sekarang, pelbagai spekulasi atau berita buruk akan dilakukan oleh pihak tertentu sama ada di portal atau laman sosial bagi menjatuhkan maruah mana-mana pihak yang tidak disukai.

Menurut Lajim perbuatan  individu terlibat  sangat tidak beretika kerana ia menjatuhkan maruah seseorang dengan dakwaan yang tidak berasas dan tidak tepat. Pelbagai cerita tidak benar akan dijajah demi merosakkan maruah individu dan persatuan.

Katanya, sebarang kenyataan yang ingin dikeluarkan di portal atau laman sosial perlu disertakan dengan fakta jelas dan bukannya berita yang berbaur fitnah, menghina dan boleh menjejaskan hubungan silatulrahim ahli dan masyarakat Bisaya.

Jelasnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menimbulkan fitnah dalam kalangan orang ramai, malah boleh menjejaskan perpaduan dan hubungan baik yang telah dibina selama ini.


“Hari ini kita (PBBS) membuat laporan Polis turut meminta pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut agar ianya tidak berterusan sehingga boleh menjejaskan imej (PBBS) dan  keharmonian dalam masyarakat khususnya  Masyarakat Bisaya dan sekiranya tiada bukti yang jelas pihak (PBBS) juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut terhadap fitnah yang dilontarkan ini” katanya.

No comments:

Post a Comment