Wednesday 1 September 2010

KENAPA KAMI TIDAK DIBANCI?



Saudara Pengarang,

SEMUA makhluk yang bernama manusia di seluruh Sabah sudahpun dibanci oleh Pegawai Banci yang dilantik Jabatan Perangkaan Malaysia, namun kami yang tinggal di kampung tradisi Lupak Meluas, Sandakan tetapi digelar Majlis Perbandaran Sandakan sebagai ‘Setinggan’ belum lagi dibanci.

Kami tidak tahu kenapa kami dikecualikan daripada ‘Banci’ sedangkan kami penduduk tempatan yang mempunyai hak yang sama dari segi Perlembagaan Persekutuan. Mungkinkah kerana kami bangkit melawan kezaliman pihak berkuasa yang mahu meroboh perumahan tradisi kami, maka kami dikecualikan daripada banci.? Bukankah ini satu sabotaj yang merupakah jenayah kerana pembanci menafikan hak kami untuk dibanci?

Kami juga kesal dengan khabar yang mengatakan bahawa kami tidak layak mendapat bantuan beras yang diagehkan oleh Pengerusi JKKK kerana kami tidak dibanci? Apa hubungan dengan bancian dan beras subsidi yang dibekalkan kerajaan?

Sebagai warganegara yang dijamin hak sama rata dalam Perlembagaan Persekutuan kesal dengan sikap Wakil Rakyat yang enggan mendengar aduan kami dan mengabaikan kebajikan kami selama ini sedangkan kami tidak pernah mengabaikan tugas kami memenangkan BN dalam setiap pilihanraya.

Mungkinkah tiba masanya kami menggunakan hak kami untuk memilih wakil rakyat yang kami suka kerana selama ini kami dianiaya oleh wakil rakyat kami sendiri?

Salam Hormat,

DANIAL BIN ABDUL GANIH

No comments:

Post a Comment