Saturday, 21 May 2011

JANJI PILIHANRAYA ATAU HANTU RAYA?



TERUK....Beginilah keadaan jalan yang dimaksudkan yang menjadi punca masalah kepada pengguna.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KEROSAKAN teruk jalanraya di Batu Sapi yang sekian lama tidak disenggelarakan sehingga ke hari ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dan masalah kepada pengguna yang melalui jalan tersebut.

Beberapa orang pengguna menjelaskan kerosakan jalan ini sejak sebelum pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi sehinggalah ke hari ini tiada sesiapa yang memperdulikan masalah tersebut, walaupun ditelah dimaklumkan beberapa kali.

Semasa kempen pilihanraya kecil parlimen kawasan tersebut ramai para pemimpin BN yang datangnya dari semenanjung menabur janji kononnya apa saja masalah yang terdapat di kawasan Batu Sapi akan segera di atasi; terutama sekali mengenai kerosakan jalan raya dan prasarana lain.

Dalam kesempatan ini, Sabahkini.Net sempat menemui salah seorang pengguna yang juga merupakan Ketua Cawangan UMNO Jalan Panglima Adam Kg Bokara, Jafar Mustapha (gambar sisipan); sama ada Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin menyedari tentang masalah ini ataupun di sebaliknya; diharapkan dapat bertindak segera memperbaiki kerosakan jalan tersebut.

“Memandangkan pilihanraya umum ke 13 sudah semakin hampir (PRU-13) kita tidak mahu perkara ini dijadikan isu kepada pihak parti pembangkang yang sememangnya mencari ruang untuk membuat propaganda dan agenda politik mereka, kerana mereka sering mempersendakan janji Linda sebagai Janji Hantu Raya” kata Jaafar yang mendesak ADUN Sekong dan Datin Linda segera turun padang bagi mengatasi keluhan para pengguna, terutama pembayar cukai.

No comments:

Post a Comment