KERJASAMA….Kahirin (kiri) ketika mengadakan gotong royong bersama Kurup dan Pergerakan Pemuda membina rumah pasangan warga emas di Kg.Kuala Biah, Keningau.
Oleh: ROZIE JUMAT
PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian N.37 Sook mencabar Timbalan Ketua Pemuda Umno Pensiangan untuk menunjukkan apa yang telah mereka lakukan terhadap rakyat di kawasan Pensiangan.
Ketua Pemuda PBRS Sook, Kahirin Bador berkata, kenyataan Abi adalah satu penipuan besar yang kemungkinan disertai dengan perasaan cemburu melihat kebolehan PBRS di kawasan itu membantu rakyat.
“PBRS tidak terasa dengan kenyataan tersebut kerana rakyat tahu menilai kami dan kami telah bergerak di kawasan ini. Malahan sokongan terhadap PBRS juga semakin meningkat dengan pertambahan keahlian dan cawangan sama ada di Sook mahupun Nabawan,” kata Kahirin yang juga EXCO Pemuda PBRS.
“Pemuda PBRS menjemput Abi dan menunjukkan apa yang mereka telah lakukan untuk rakyat pensiangan, Pada masa yang sama pemuda PBRS akan menunjukkan apa yang kami telah buat untuk rakyat,” ujar Kahirin.
Katanya adalah satu pembohongan besar jika Timbalan Ketua Pemuda itu itu tidak melihat sumbangan dan peranan yang dilakukan oleh PBRS di kawasan itu. Malahan katanya, aktiviti-aktivti PBRS dan wakil rakyat banyak disalurkan di facebook PBRS Sook, Unitpemimpinkemajuanrakyat Sook dan Pensiangan Press. Malahan laman web berita tempatan Keningaukini juga banyak memaparkan aktiviti PBRS.
Kahirin juga juga menasihati para pemimpin Umno dan BN di Pensiangan agar menghentikan pertengkaran dalam akhbar yang hanya memberi ruang kepada pembangkang menghentam BN.
Beliau mengakui bahawa parti PBRS yang bekerja keras di kawasan itu dicemburui oleh rakan komponen sehinggalah mereka sanggup mencabuli semangat permuafakatan yang selama ini terjalin dengan baik.
“Jika benar hanya Umno dan Bernard Maraat yang kuat sangat bekerja untuk rakyat di Pensiangan, sila tunjukkan bukti jangan cakap sahaja, kami pun ingin tahu juga, sebab adakalanya usaha kami diakui oleh orang lain” ujar Kahirin.
Setakat ini kata Kahirin, semasa kejadian banjir berlaku di Pensiangan, hanya PBRS dan UPKO yang turun padang membantu rakyat.
“Setakat ini belum dilihat apa yang Pemuda Umno dan Bernard lakukan di Pensiangan. Malahan Bernard sendiri mempunyai lima tahun sebelum ini sebagai MP tidak membawa perubahan kepada rakyat di kawasan ini semasa mewakili PBRS sebagai Ahli Parlimen,” kata Kahirin.
Oleh itu katanya, adalah lebih baik parti-parti komponen mendengar nasihat dan akur kepada amaran Timbalan Perdana Menteri bahawa PRU ke -13 adalah yang sengit, dan jika mereka takut Pensiangan jatuh ke tangan pembangkang maka ada lebih baik parti-parti komponen kembali kepada semangat permuafakatan yang terjalin baik selama ini.
No comments:
Post a Comment