Saturday, 21 May 2011

SKANDAL SEKS ORANG TERNAMA: YB (B3-V)



BAB 3: Siri V adalah Bab yang terakhir disiarkan kerana Sabahkini.net akan menerbitkannya dalam bentuk E-Book. Jika ingin mengetahui enam kisah selanjutnya, sila buah tempahan awal. Harga RM49.99. Skandal Seks Orang Ternama ini yang mendedahkan Skandal Seks ‘9 Orang’ YB di Malaysia yang menyalahgunakan title VVIP mereka untuk merosakkan wanita. Artikel ini tidak boleh diulang siar dalam apa juga bentuk tanpa kebenaran penulisnya kerana tertakluk kepada Undang-Undang Hak Cipta. Jika terdapat persamaan nama, tempat atau latar belakang; hanya secara kebetulan sahaja.

SIRI V : BAB 3

BUKANKAH kimah Lily Wong itu harta Tuhan. Harta Tuhan tidak boleh makan sendiri mesti dikenduri. Kalau menganggurpun membazir juga. Bukankah membazir itu saudara syaitan.

Kalau YB Herman tidak boleh makan, bagilah peluang kepada Totok. Sama juga. Saiz lebih kurang juga. Bukan pandai berkurang kalau selalu tumpang sekaki. Benda itu tetap ada di situ juga.

Yang penting hajat Lily Wong mesti tercapai, sekalipun secara songsang. Bukan salah Totok. Totok masih bujang dan biasanya orang bujang sedia berkhidmat setiap masa. Ikut perintah boss sekalipun yang pelik-pelik.

Mujur berita itu tidak tersebar luas, kerana Salleh dan Salman telah berpakat merahsiakan peristiwa yang amat memalukan itu. Mereka hairan kenapa Lily Wong menduakan bapa mereka?

Tidak cukupkah dengan kebahagiaan yang dikecapinya? Tidak puaskah Lily Wong dengan nafkah batin yang diberikan bapa mereka?

Tidak cukupkah Tongkat Ali ayahnya sehingga Lily Wong memilih hot-dog Totok? Kalau rasa tidak puas dengan Tongkat Ali ayah mereka, boleh guna terungkah, botol Coca-Colakah atau apa sahaja asalkan jangan dicemari oleh hot-dog Totok.

Mungkin Salleh dan Salman tidak mengetahui penderitaan batin yang ditanggung Lily Wong sejak akhir-akhir ini. Jika mereka tahu, mungkin merekapun terpaksa mengambil alih tugas ayah mereka.

Mujur tugas itu tidak diizinkan Tuhan kepada umatnya, jika tidak mesti ada Keluarga 69 kerana tidak tahu siapa yang mahu dipanggil ayah dan siapa yang mahu dipanggil ibu.

Totok segera meninggalkan Sandakan menuju ke Tawau dan Tarakan. Beberapa hari kemudian berlepas ke Sulawesi dengan menaiki kapal Tidar.

Kehilangan Totok menimbulkan tanda tanya beberapa pihak sehingga sedikit sebanyak peristiwa itu dihidu oleh musuh politik YB Herman yang terus menuba para pengikutnya dengan menyebarkan berita isteri kedua YB Herman ditonggeng Totok yang melarikan diri ke Indonesia setelah dibelasah Salman dan Salleh.

Lebih memalukan berita YB Herman mati pucuk sampai isteri makan luar begitu luas tersebar. Salman dan Salleh hairan bagaimana berita itu boleh bocor, namun akur kerana ketika mereka bergelut dengan Totok, ada beberapa orang jiran mendengar dan melihat dari jendela rumah masing-masing.

Mujur Totok tidak terjun dari tingkap dalam keadaan bertelanjang bulat, sebaliknya sempat mencapai pakaian dan terjun melalui tangga tengah dan menyelinap di celah semak dalam keadaan berkaki ayam. Jika ada wartawan yang kebetulan lalu dan melihat Totok lari dalam keadaan bertelanjang bulat, sudah pasti berita itu akan menjadi lead story bagi akhbar seluruh dunia.

Duka YB Herman bertambah parah, terutama setelah mendengar berita aib itu. Namun YB Herman tidak menceraikan Lily Wong kerana menyedari iman Lily Wong terlalu nipis dan dia tidak pernah mengajar Lily Wong selok belok agama.

Lily Wong hanya menjadi tempat dia mencecah hot-dog. YB Herman tidak berdaya untuk marah Lily Wong kerana dia juga melakukan perkara yang lebih teruk daripada apa yang dilakukan oleh Lily Wong.

Lily Wong terpaksa memenuhi keinginannya yang tersengkang selama ini dengan memilih Totok yang hanya layak dibuat tukang kebun, tetapi bak kata pepatah, kalau tiada rotan, akar pun berguna.

Tambahan pula akar Totok bukanlah akar sembarangan. Akar Totok, akar tunggal yang menunjang ke langit.

YB Herman memaafkan Lily Wong dan menerimanya seadanya sekalipun hatinya jengkel kerana ada orang yang sudah berani mengacau sos tiramnya.

Untuk mengelak malu, YB Herman terpaksa mengarahkan Pak Cemblong menjemput Totok di Sulawesi. YB Herman mahu membuktikan bahawa dakwaan musuh politiknya, Partono, tidak benar. Fitnah yang bertujuan untuk memalukannya.

Mahu tidak mahu Salleh dan Salman terpaksa memaafkan Totok dan menganggap peristiwa yang dilihat dengan mata kepala mereka sendiri tidak pernah terjadi.

Sekalipun begitu batin YB Herman semakin tersiksa kerana bimbang Lily Wong akan mengulangi lagi perbuatannya jika ada kesempatan, apatah lagi Totok semakin menelan liur setiap kali melihat Lily Wong.

Entah jin afrit mana yang merasuk fikirannya, YB Herman tiba-tiba mengambil keputusan untuk menceraikan dua isterinya dan mengambil Siti Kasmah yang telah bercerai dengan Musmuliadi sebagai isterinya barunya. Pernikahannya dengan Siti Kasmah menyebabkan pengaruhnya mula merosot, namun sokongan akar umbi masih utuh kerana menganggap itu soal peribadi YB Herman.

Walaupun Siti Kasmah tidak mengharapkan apa-apa dengan pernikahan itu, namun sekurang-kurangnya dia tumpang senang mengikis harta YB Herman yang semakin bertimbun.

Tidak lama selepas itu, YB Herman bernikah lagi dengan seorang gadis belasan tahun dari Ranau, Kasmaliana, untuk membuktikan kepada para pengikutnya bahawa dia masih gagah dan dakwaan Partono bahawa dia mati pucuk tidak benar.

Namun tidak ada siapa yang tahu nasib Kasmaliana di malam pengantin, sama ada dapat merasakan hot-dog YB Herman atau tidak.

Tidak siapa tahu betapa menderitanya batin Kasmaliana menikahi YB Herman yang gagal berfungsi di ranjang menganggapnya sebagai anak patung mainan yang hanya menjadi hiasan di almari perkahwinan mereka.

Sehingga hari ini, Kasmaliana masih kekal dara, melainkan ada orang tumpang sekaki atau YB Herman meminta bantuan Totok untuk memberikan perkhidmatan kepada Kasmaliana.

Buah tergantung dan batang berjuntai di celah kangkang YB Herman saling tak tumpah seperti batu pemberat kepada dacing yang kini tidak digunakan lagi kerana semua peniaga menggunakan alat timbang sukat dua muka yang tidak perlu lagi digantung atau tergantung.

YB Herman pasrah kepada takdir namun berharap suatu ketika nanti akan sembuh atau terpaksa menceraikan semua isterinya jika tidak mahu menanggung dosa kerana kejalangan isteri-isterinya.

Apakah YB Herman kini sudah sah berada di peringkat terakhir kehidupan seorang lelaki, iaitu kenangan hidup? Hanya YB Herman yang boleh menjawabnya kerana belum ada tanda-tanda YB Herman akan kembali seperti sedia kala walaupun sudah puas berubat.

Apakah kepala alternatif juga perlu naik haji dan memakai topi haji dua minggu lagi setelah YB Herman bersetuju untuk menjalani pembedahan memasang gentian khas agar kepala alternatifnya boleh berfungsi semula dan meletakkan cap mohor di mutiara Kasmaliana. Namun YB Herman tidak sabar lagi menanti saat paling menggembirakan itu. Saat dia akan ditabalkan semula menjadi lelaki!

No comments:

Post a Comment