Oleh: HJ.WAHAB TIMPAI.
RAMAI pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) melahirkan rasa kecewa mereka dengan pentadbiran sekarang ini yang disifat sebagai lemah dan tidak bertanggungjawab.
Menurut maklumat seorang pemegang akaun Bank itu yang menggunakan GIRO, sudah lumrah BSN di Tenom tidak ada wang di mesin Giro itu pada setiap Sabtu dan Ahad atau di hari kelepasan am yang lain.
Karim Guhlam yang gagal mengeluarkan wang beliau menceritakan kepada wartawan Sabahkini.net ketika terjumpa di majlis perkahwinan di kampung Amboi petang kelmarin (21 Mei 2011).
Katanya, BSN tidak menjaga keperluan para pelangannya, di sebaliknya mendatangkan kesulitan sekiranya keadaan seumpama itu berterusan.
Apa tidaknya, kata Karim lagi, ramai warga emas yang datang dari jauh untuk bertujuan mahu mengeluarkan bantuan mereka, tetapi para warga emas itu terpaksa berpatah balik dengan rasa kecewa.
Karim mendesak kepada pihak pengurusan Bank berkenaan supaya bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas untuk keselesaan pelanggan di daerah Tenom.
“Jangan sampai nanti orang gelar BSN sebagai Bank Sampah Negara atau Bankrap!,” ujar Karim yang meminta agar Bank Negara Malaysia memantau operasi BSN di kawasan pedalaman.
No comments:
Post a Comment