Monday 2 February 2015

KEMENTERIAN KESIHATAN JEMPUT DAP, PKR DAN PAS GOTONG-ROYONG CEGAH DENGGI


OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN : Parti Pakatan Rakyat (PR) yang membabitkan DAP, PKR dan PAS telah dijemput untuk menyertai Gotong Royong Pencegahan Denggi yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan di dua tempat. 


Kumpulan gotong royong daripada DAP Sandakan  yang diadakan di  Taman Rimba  telah diketuai oleh Amsi Liew, merupakan Pegawai Khas Parlimen Sandakan bersama-sama ahli-ahli DAP  yang lain.

Inilah kali pertama pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan menjemput parti-parti pembangkang untuk menyertai  aktiviti seperti gotong royong yang dikelolakan  kerajaan.

Sementara kumpulan Gotong Royong daripada PKR dan PAS yang bakal diadakan di Taman Mawar  pada 8hb Februari ini ianya telah diketuai oleh Ketua PAS Bahagian Batu Sapi Hj Hamzah Hj Abdullah dan Ketua Cabang  PKR Batu Sapi Hj Basri Ibrahim. 

“Untuk menjamin kebersihan alam sekitar khususnya untuk menghapuskan denggi ianya tidak terletak  dibahu kerajaan semata-mata, malah tanggungjawab harus dipikul bersama tidak kira parti penyokong kerajaan dan parti pembangkang yang mempunyai peranan yang sama” kata Amsi Liew.

Sementara Ketua PAS Bahgian Batu Sapi Hj Hamzah Hj Abdullah  dan Ketua Cabang PKR Batu Sapi Hj Basri Ibrahim mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Kesihatan Sandakan kerana sudi menjemput parti Pakatan Rakyat (PR) untuk menjayakan program gotong royong tersebut.


“Kami walaupun di pihak parti pembangkang sedia menerima apa saja undangan jika tenaga kami diperlukan untuk menyertai program-program anjuran kerajaan dan kami sedia membantu demi kebaikan bersama  walaupun kita  berlain ideologi politik yang berbeza tapi demi kepentingan  kesejahteraan rakyat kita ketepikan dulu soal politik”  kata Hj Hamzah.

No comments:

Post a Comment