OLEH: SHAIMON S JUMADI
BATU SAPI : Melibatkan diri dalam pelbagai jenis arena sukan sememangnya digalakan kaum belia untuk menyertai satu-satu jenis sukan yang digemari.
Dengan itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan banyak membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina gelanggang-gelanggang termasuklah kompleks sukan di satu-satu kawasan dalam setiap daerah.
Dalam penglibatan kaum belia dalam arena sukan, ianya bukan sekadar untuk menyihatkan tubuh badan, rohani dan mental bahkan juga sekaligus untuk mengindari para belia terjebak daripada melakukan perkara-perkara negatif seperti terlibat dalam pengambilan dadah.
Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi yang juga ADUN Sekong Datuk Haji Samsudin Yahya berkata demikian ketika menyempurnakan Kejohanan Bola Tampar anjuran Pergerakan Pemuda Bahagan UMNO Batu Sapi di Dewan Masyarakat Batu 8 Jalan Labuk Kelmarin.
Penglibatan para belia ke arena sukan selain bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk mempertabatkan sukan bola tampar di persada tanah air, ianya juga menjurus membentuk perpaduan yang erat dalam kalangan para belia majmuk.
“Saya harap kejohanan sukan bola tampar yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Batu Sapi tidak hanya sampai di sini sahaja namun sebaliknya ianya dijadikan satu acara kesukanan tahunan untuk menerap nilai-nilai murni dan semangat jati diri generasi muda dalam membetuk budaya sihat” katanya.
No comments:
Post a Comment