Monday 2 February 2015

PENANGKAPAN AKAN JADI PENGAKHIR MALAYSIA

Petikan dari : 1Suara Sabah Facebook



Saya tidak gentar dengan ancaman penangkapan. Perjuangan untuk kebebasan akan diteruskan walaupun tanpa saya,”


Tangkapan itu, jika berlaku akan menjadi pengakhir kepada Malaysia, katanya memberi amaran. “Penahanan itu baik untuk perjuangan. Ia akan semakin kuat dan akhirnya membawa kepada pemisahan negara-negara Borneo dari Semenanjung.”

“Isunya ialah penduduk Sabah dan Sarawak kini sedar bahawa mereka dipersia-siakan dan ditipu oleh Malaya atas nama Kerajaan Persekutuan,”

Jika menyuarakan hak-hak dan rungutan kita adalah satu pengkhianatan dan Kerajaan Persekutuan mahu menangkap kami untuk pemisahan dengan tujuan untuk menutup suara kita, “maka biarlah ia berlaku”, 

Sabah dan Sarawak, kata Jeffrey, mahu hak-hak mereka yang dijanjikan dalam Perjanjian termasuk Perjanjian Malaysia 1963 dan Perkara 20/18 untuk dihormati dan dipatuhi.


“Lihatlah keadaan kita hari ini … Sabah negeri paling miskin, populasi kita berubah, hasil minyak kita diambil,” kata Jeffrey.

No comments:

Post a Comment