Tuesday 3 February 2015

SAMSUDIN LANCAR PROGORAM CINTAI ALAM SEKITAR PASIR PUTIH



OLEH:  SHAIMON S JUMADI
FOTO ROZIANA  SARABI



SEKONG : Semua pihak harus sama-sama bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar di satu-satu kawasan tertentu demi menjaga kebersihan dan keindahan tempat.


Terutama sekali kawasan pantai tempat orang ramai beriadah, bersantai di musim-musim hujung minggu, kebersihan haruslah diutamakan demi mencantikkan suasana pantai itu agar kelihatan indah bersih elok dipandang mata para pengunjung setempat dan juga pengunjung luar.

Contohnya Pantai Pasir Putih  ianya  satu-satu pantai yang terdapat di daerah Sandakan terletak di tepi jalan. Ia merupakan pantai tercantik  sejak dari zaman dulu sehingga kini, orang ramai tidak putus-putus mengunjungi pantai tersebut sambil membawa keluarga untuk beriadah untuk menghirup udara nyaman. Lalu, keindahannya hendaklah dipelihara selalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong Datuk Hj Samsudn Yahya berkata demikian ketika melancarkan program Cintai Alam Pantai Pasir Putih anjuran  Persatuan Belia Kampung Cenderamata yang diadakan di Pantai Pasir Putih dekat sin kelmarin.

Samsudin memuji pihak persatuan tersebut yang diketuai oleh Roziana Sarabi kerana prihatin dan sama-sama bertanggungjawab bagi memainkan peranan belia untuk membersihkan sekitar kawasan pantai berkenaan.

“Tindakan Persatuan Belia Kampung Cenderamata menganjurkan  program sedemkian harus disambut baik dan disokong oleh semua pihak, ini juga boleh dijadikan contoh oleh mana-mana pertubuhan NGO dan persatuan-persatuan yang ada di Sandakan agar mengikut jejak persatuan belia Kg Cenderamata menganjur program  seumpama itu ” ujarnya.

Turut hadir ialah Ketua Wanita Bahagia UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah.


No comments:

Post a Comment