Saudara Pengarang,
KETIKA seluruh warga Malaysia gembira menyambut Hari Malaysia pada hari ini, 16 September 2010 dalam suasana hari raya, saya masih berduka dengan sikap rakan kelas satu sekolah saya, Ahli Parlimen Silam, Haji Salleh Kalbi yang masih bermegah dengan tradisi membela ‘PATI’, yang merupakan kumpulan paling dominan di Parlimen Silam.
Sebagai anak jati Lahad Datu yang baru berumur sehari ketika Sabah Merdeka membentuk Malaysia pada 16 September 2010 saya tidak mengerti apa-apa. Namun kini ketika umur saya 47 tahun yang saya sambut kelmarin, saya terkesima apabila membaca beberapa artikel Sabahkini.net yang baru dimaklumkan rakan sekolah saya kelmarin.
Betapa hancur dan luluhnya hati saya apabila membaca pendedahan Sabahkini.net berhubung rakan akrab sekelas saya sewaktu bersekolah di SMK Agaseh dahulu yang kini menjadi Ahli Parlimen Silam, yang didakwa membela Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI); sedangkan suatu waktu dahulu kami membenci semua PATI yang bermaharaja lela di Lahad Datu dan berazam untuk membersihkan PATI jika ditakdirkan diberikuasa suatu hari kelak.
Suatu ketika dahulu, saya terlalu bangga dengan Salleh Kalbi yang berbicara lantang menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai ‘Kereta Terpakai’ ketika bercakap di dalam Parlimen dan membincangkan secara jelas pendiriannya berhubung isu PATI dalam program Lambai Limbai di RTM1 bersama Tan Sri Simon Sipaun.
Mungkin sukar bagi Salleh untuk mengeluarkan dirinya daripada kepompong PATI setelah mengetahui isterinya juga berasal daripada PATI yang mendapat kad pengenalan projek; namun bukan sukar untuk beliau melakukan ‘U-Turn’ dengan meminta isterinya meletakkan jawatan sebagai guru sekolah sebagaimana yang disarankan Guru Besar dan Pegawai Pendidikan serta memecat Nasri Subairah yang menjadi anak emas PATI yang ditatang bagaikan minyak yang penuh.
SK Pekan 1 Lahad Datu yang melahirkan begitu ramai cendikiawan dan bakal pemimpin masa hadapan kini menjadi tumpuan seluruh Malaysia kerana mempunyai Guru yang berstatus PATI yang tidak mempunyai ketaatan kepada negara ini sebaliknya berkiblatkan negara asal, Filipina.
Salleh mungkin lupa, dengan kecanggihan teknologi sekarang, sebatang jarum jatuh di pulau Bungao, Tawi-Tawi boleh didengar sampai ke New York dan ke seluruh pelusuk dunia melalui internet kerana Sabahkini.net boleh dilayari di mana sahaja di dunia.
Saya juga agak terkejut kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasat Salleh yang dilaporkan menyalahguna kuasanya untuk meluluskan peruntukan parlimen kepada PATI dan menyokong permohonan PATI untuk mendapatkan kad pengenalan.
Dalam hal ini, saya kasihan dengan nasib dan masa hadapan anak-anaknya yang tidak berdosa, mungkin menerima ejekan daripada rakan sekolah kerana ibu mereka ‘PATI AYAM’ yang memalsukan keterangan diri untuk menjadi ‘SEEKOR GAJAH’ yang hebat.
Sebagai rakan akrab Salleh, saya mendesak Ketua Perhubungan UMNO Sabah dan Perdana Menteri Malaysia mengkaji kedudukan Salleh yang telah menjadi agen PATI dan menderhakai negara ini sebelum terlambat; apatah lagi beliau telah menikam belakang UMNO dengan menghadiri dan berucap di Majlis SAPP yang bukan parti komponen BN.
Salleh perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Khas dan Disiplin Parlimen dan UMNO berhubung tindakannya membela PATI dan menjelaskan kedudukan sebenar isterinya bagi mengelak tanggapan jahat pembangkang yang sengaja mengambil kesempatan untuk menjahamkan UMNO pada pilihanraya umum akan datang.
Bagaimanapun, sekiranya dakwaan Sabahkini.net palsu dan berniat jahat, Salleh sewajarnya mengambil tindakan mahkamah untuk membersihkan namanya sebagai Ahli Parlimen Malaysia yang menerima gaji dan elaun daripada wang pembayar cukai.
Salam Hormat,
RAKAN SEKOLAH YANG KECEWA
(NOTA: Atas permintaan penulis surat ini, namanya terpaksa dirahsiakan demi untuk menjaga keharmonian semua pihak. Sabahkini.net tidak menyunting surat berkenaan dan disiarkan sepenuhnya.)
No comments:
Post a Comment