Wednesday, 1 September 2010

MOHD FITRI PENGERUSI AJK MUDA MASJID



GENERASI MUDA........Gambar menunjukan sebahagian Ahli Jawatankuasa Badan Generasi Muda Masjid Baitul Makmur Kampung Kota Tuaran. Berdiri dua dari kiri, Mohamad Fitri Haji Ghulabdin.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

MENGIMARAHKAN Masjid dan Surau terutamanya di bulan Ramadan adalah satu ibadah yang amat digalakkan, sebaiknya ia dapat melibatkan generasi muda agar mereka lebih awal diterapkan dengan anjakan solat berjamaah.

Sehubungan itu generasi muda di mana juga, wajar diberikan peluang untuk menubuhkan satu badan jawatankuasa yang menjadi nadi kepada mereka untuk membantu menentukan pelbagai kemudahan termasuk kebersihan di rumah suci ini dapat dijaga kebersihan persekitaranya.

Atas kesedaran ingin menentukan Generasi Muda mencintai Masjid dan Surau, maka Jawatankuasa Masjid Baitul Makmur, Kampung Kota Tuaran yang diterajui oleh Pengerusinya Haji Adis Enjih telah mempersetujui Mohamad Fitri Haji Ghulabdin sebagai Pengerusi Ahli Jawatankuasa Badan Generasi Muda Masjid berkenaan dalam mesyuarat pembentukannya yang telah diadakan pada pagi Ahad lepas.

Mesyuarat pembentukan badan itu juga telah memilih Mohamad Nazrin Haji Matsah sebagai Timbalan pengerusi dan Shafinaz Haji Ghulabdin diberikan tanggungjawab menjadi Setiausaha dengan dibantu oleh Penolong Setiausaha, Arfahzalinda Haji Adis.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa lainnya terdiri daripaada, Azwari Ali Taugan sebagai Bendahari, Rodzie Adzhir Rahman menyandang jawatan Ketua Penerangan dan Ahli Jawatankuasa biasa ialah Ali Nor Bakti Amin, Ghulam Farouq Noordin, Mohamad Firdaus Hamran, Ghulam Fariz Noordin dan Darul Nazrin Haji Jamani.

Berucap selepas pemilihan itu Mohamad Fitri menghargai kepercayaan yang diberikan kepadanya yang bukan merupakan satu kebangaan tetapi tanggungjawab berat untuk dilaksanakan terutama untuk menanamkan minat kepada keseluruhan generasi muda di kampung tersebut untuk mengimarahkan Masjid pada setiap solat berjamaah.

"Meskipun saya terpilih sebagai pengerusi, tetapi peranan dan usaha untuk menjayakan aktibiti yang akan dilaksanakan bukan adalah merupakan tanggungjawab bersama. Saya mengharapkan generasi muda akan menyambut cabaran untuk bersama-sama menjayakan apa-apa juga kegiatan yang dianjurkan oleh Masjid ini pada masa hadapan," kata Mohamad Fitri lagi.

Beliau menyatakan beberapa program yang telah disusun sempena bulan Ramadan ini akan juga dilaksanakan seperti pembersihan sekitar Masjid dan Takbir beramai-ramai yang akan diadakan pada malam menjelangnya hariraya aidil fitri tidak lama lagi.

Mesyuarat pembentukan Ahli Jawatankuasa Badan Generasi Muda Masjid Baitul Makmur, Kampung Kota turut dihadiri dan dirasmikan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa Masjid kampung tersebut, Haji Adis Enjih.

No comments:

Post a Comment