Monday 6 September 2010

KE MANA PERUNTUKAN BERBILLION RINGGIT?



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

KE MANA sudah perginya peruntukan Negeri Sabah? Ketika Dewan Undangan Negeri Sabah bersidang, Datuk Musa Aman mengumumkan belanjawan berbillion billion ringgit yang telah luluskan? Atau Kerajaan Negeri Sabah kehabisan duit kerana tidak pintar mentadbir negeri dan terlalu banyak pembaziran sehingga jalan kampung Kaliwata Lama Ulu Tomani Kemabong, Tenom sejak zaman British hingga ke hari ini tidak pernah diselenggara oleh kerajaan BN.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan Calon Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman dalam satu sidang media bersama Sabahkini.net pagi tadi.

Kata Halik, "Ini dua YB Rubin Balang (Kemabong) dan Raimie Unggie (Tenom) masih tidur lagikah kerana tidak mahu melihat dan membantu rakyat di Kaliwata Lama dan Baru yang punya penduduk tidak kurang 800 orang, terbiar mengharungi jalan yang berlupak, berair dan tidak ditar ini?"

Menurut Halik, Raimi Unggi tidak pernah meminta peruntukan di Parlimen untuk memperbaiki jalan kampung yang rosak teruk, manakala Rubin Balang pula membuat seribu satu janji semasa PRU12 untuk menurap semula jalan tersebut tapi bila sudah menang PRU12, maka janji manisnya terus dilupakan.

"YB-YB ini diarahkan oleh Datuk Seri Najib turun padang untuk mengatasi masalah rakyat tapi mereka turun padang cuma bawa air liur basi sahaja untuk ditaburkan kepada rakyat. Bila dekat PRU13 barulah Perdana Menteri datang umumkan projek, lepas PRU13 nanti semua senyap. Cuma yang ada janji palsu untuk menang PRU13 sahaja," bidas Halik dengan nada kesal.

No comments:

Post a Comment