Thursday, 9 September 2010

ROKOK HARAM CEMAR RAYA DAN MERDEKA



Oleh: MAIL MATHEW

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri dipagi Syawal warga Tenom sudah menjangkakan bahang kehangatannya apatah lagi perayaan Aidilfitri kali ini berada di tengah-tengah kemeriahan menyambut bulan Kemerdekaan kerana kelihatan semua premis telah dihias indah yang menambahkan serinya apabila disinari lampu lampu neon di waktu malam.

Warga Tenom yang kebanyakannya rakyat asing yang bermajikan kelihatan sibok membeli belah di gedung-gedung pakaian yang sudah tentu tujuannya sebagai persiapan menyambut 1 Syawal bermula esok (Jumaat) dengan penuh debaran.

Sementara itu, jalanraya kelihatan mula sesak sekitar jam 10 pagi menandakan warga tempatan sudah mula turun padang untuk membeli belah bersama keluarga masing-masing.

Mungkin juga di sebelah senja keadaannya lebih sesak lagi kerana masa sesuai umat Islam turun padang ke Bazaar Ramadhan untuk membeli lauk pauk untuk juadah berbuka puasa bersama keluarga.

Dalam kesibukan Umat Islam membeli belah, keadaan suasana menjadi agak tercemar sedikit apabila kelihatan muncul beberapa penjual rokok haram di kalangan penjaja Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang turut mengambil kesempatan berkeliaran menjaja rokok haram di saat-saat Umat Islam masih mengerjakan Puasa di bulan Ramadhan.

Ironinya, kelibat kakitangan Penguatkuasa Majls Daerah Tenom tidak pula kelihatan menjalankan tugas dan tanggung jawab harian mereka yang mungkin ‘slot’ kebebasan sebegini diambil kesempatan bagi PATI menjalankan kegiatan mereka.

No comments:

Post a Comment