KENANGAN RAYA........Kelihatan dalam gambar Haji Ghulabdin (kedua dari kiri) bersama Isterinya Suzanne Bangih (tengah) bergambar kenangan dengan sebahagian keluarga Mantan Setiausaha Politik Menteri Kehakiman Malaysia, Michael Ampuling (kiri).
Oleh : KREW SABAHKINI.NET
RAKYAT pelbagai kaum di sekitar daerah Tuaran, termasuklah di kalangan mereka yang bukan beragama Islam dari Kaum Dusun Lotud dan Tionghua turut mengambil peluang untuk bersama-sama merayakan Hari Raya Aidilfitri dengan mengunjungi rakan-rakan dan saudara mara dalam usaha untuk memupuk kemesraan dan perpaduan serta memperkukuhkan hubungan setiakawan yang telah terjalin sejak dahulu lagi.
Ketua Penerangan Umno Bahagian Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih bersama Isterinya, Suzanne Bangih berketurunan suku Dusun Lotud di Kampung Kota Tuaran, mengalu-alukan kunjungan saudara mara dari pelbagai lapisan masyarakat pada Hari Raya kedua dengan suasana yang harmoni berteraskan konsep semangat 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Haji Ghulabdin, yang juga Timbalan Pengerusi Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN), sesungguhnya kesediaan saudara mara dan rakan seperjuangan kunjung-mengunjung antara satu sama lain akan menambah serikan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun dan ia dapat mengeratkan perasaan muhibbah di kalangan rakyat tanpa dibatasi oleh anutan agama dan fahaman politik yang berlainan.
"Disamping bergembira selepas menunaikan Ibadah Puasa, sudah pastilah suasana Aidilfitri akan dapat membuka ruang lebih luas kepada rakyat serta pemimpin bertemu dan beriteraksi antara satu dengan lain, yang sememangnya dapat merealisasikan gasasan 1 Malaysia untuk mempereratkan perpaduan dan keamanan di negara ini."
"Sesungguhnya ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf, zahir dan Batin yang dilafazkan dari sanubari yang penuh dengan keikhlasan dari segenap saudara mara dan teman-teman pelbagai lapisan masyarakat, menandakan semua salah faham sebelum dan seterusnya telah terhapus. Sejajar dengan kebiasaan ini ia telah menjadi tradisi yang sebati dan sukar dipisahkan dari masyarakat negeri ini, bukan sahaja pada Hari Raya Aidilfitri, malahan mencakupi pelbagai perayaan kaum yang diadakan," kata Haji Ghulabdin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pembangunan Perumahan Sabah (LPPB).
Haji Ghulabdin yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kota Tuaran memberitahu satu Majlis Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh gabungan KRT Daerah Tuaran akan juga diadakan pada awal bulan Oktober depan bagi memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat dapat mengunjunginya.
Antara yang mengunjungi kediaman Haji Ghulabdin tahun ini terdiri Mantan Setiausaha Politik Menteri Kehakiman Malaysia, Michael Mungkit Ampuling; Mantan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Kawasan Kiulu, Golubi Guntarik yang juga Setiausaha KOSAN; Pengurus Kilang KOSAN Tuaran, Joannes Siliun; Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tuaran, Marsah Muyong; Penyelia Kemajuan Masyarakat Kawasan Sulaman, Robert Leo Banau dan Setiausaha UMNO Cawangan Kampung Labuaya Tuaran, Rantis Erom.
No comments:
Post a Comment