Monday 13 September 2010

SAMPAI BILA KAMI DITINDAS APMM?


TPM... Semoga Timbalan Perdana Menteri mampu menghentikan kezaliman yang dilakukan APMM terhadap para peniaga di Sabah dan Labuan.

Saudara Pengarang,

PENGUASA Maritim Sabah, mungkin mengikut jejak Pesuruhjaya Polis Sabah yang suka menindas pada peniaga terutama pemilik ladang kelapa sawit yang masih terjebak dengan kes mahkamah; sehingga memaksa para peniaga Peniaga Di Sabah dipaksa membayar cukai perlindungan kepada ‘Orang Kuat Maritim’.

Saya adalah di antara ratusan peniaga tempatan yang menjalankan perniagaan tukar barang (import & export) dan sentiasa berulang alik ke Labuan, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

Sudah sekian lama saya dan ramai lagi rakan yang lain telah dipaksa membayar cukai perlindungan yang tinggi kepada pihak penguasa Maritim Sabah dan kami terpaksa akur demi mengelak daripada gangguan serta ancaman yang berterusan daripada anggota-anggota pasukan Maritim Sabah.

Sekian lama kami terpaksa tunduk kerana pihak tersebut akan bertindak seperti penyamun bersenjata yang mengempur premis perniagaan kami. Kegiatan pihak Maritim menuntut pembayaran cukai perlindungan ini adalah atas arahan seorang pegawai berpangkat tinggi yang dikenali sebagai Ahmad Fuzi Bin Haji Ab Kahar, No. KPT: 560528-01-6605. Begitulah sepertimana yang dimaklumkan kepada kami oleh anggota-anggota yang dikerah menuntut bayaran dari kami setiap bulan.

Melalui pengalaman saya sendiri, ada suatu ketika apabila saya telah cuba untuk mengelak daripada membayar cukai yang diminta, akibatnya beberapa anggota elit pasukan Maritim telah dikerah oleh Ahmad untuk mengepung kenderaan serta kedai saya dan Ahmad sendiri datang ke premis perniagaan saya bersama-sama anggotanya yang lengkap bersenjata dan bertindak sepertimana sebuah pasukan penggempur melakukan ‘ambush’ terhadap musuh.

Sebagai warganegara Malaysia yang merdeka ini, saya serta rakan-rakan peniaga yang lain merayu kepada pihak Kementerian Dalam Negeri, SPRM serta Jawatankuasa Tertinggi dalam Pasukan Maritim agar tidak membisu sebagaimana aduan-aduan yang telahpun kami buat sebelum ini.

Setelah sekian lama perkara ini berlaku, kami tertanya-tanya sesama sendiri adakah segala tindakan Ahmad Fuzi ada kaitan dengan pembesar di Semenanjung Malaysia? Adakah perkara ini juga akan berterusan sepertimana salahgunakuasa yang terus dilakukan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah (sekalipun mendapat Ketua polis Negara yang baru) ke atas pemilik ladang serta pekebun-pekebun kecil di Kinabatangan dan Tingkayu?

Menjelang Perayaan Hari Raya pada 2010 ini, Ahmad Fuzi kini telahpun ditukarkan ke Semananjung Malaysia namun anehnya, beliau tetap menghubungi kami untuk menyediakan wang cukai hari raya pula dan dia minta kami memasukkan ke dalam akaun yang dia bagi bernombor 165125130024 (Maybank).

Saya dan rakan-rakan yang lain tidak mengetahui latarbelakang pemilik akaun ini namun begitu nombor akaun inilah tempat kami mengirim/memasukkan duit perlindungan sejak sekian lama.

Saya serta rakan-rakan lain mencabar Pihak Berkuasa Seperti SPRM, Polis Dan Menteri Berkenaan untuk memeriksa sendiri maklumat nombor akaun tersebut untuk membuktikan bahawa tulisan ini bukan sekadar surat tohmahan semata-semata untuk tujuan suka-suka. Nombor akaun ini ibarat keramat bagi kami warga niaga yang dirompak serta ditindas oleh seorang Pegawai Berkuasa yang bertugas dalam agensi rasmi kerajaan.

Dalam hubungan ini, saya mohon pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap Ahmad Fuzi B. Ab Kahar, walaupun pada hakikatnya seluruh warga pembaca sekalian tidak merasai kesan dan keperitan yang kami rasa.

Masa hadapan generasi kita semakin terjejas sekiranya perkara seperti ini tidak ditangani. Generasi kita bakal menerima azab yang lebih perit dan mungkin keturunan kita sendiri akan meludah ke batu nisan kita sekiranya kita tidak berusaha mengekang kezaliman sebegini.

Akhir Kata, sekiranya tiada juga tindakan diambil terhadap Ahmad Fuzi B. Ab Kahar, maka saya serta rakan-rakan yang lain hanya mampu berdoa semoga TUHAN melakukan sesuatu. Mungkin pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional sudah lali dengan KEJAHATAN dan PENINDASAN, namun begitu saya tetap yakin di akhirat nanti setiap perbuatan ada balasannya.

Sekian dan saya akhiri paparan ini dengan Ucapan Selamat Hariraya Aidilfitri kepada semua Krew serta pembaca Sabahkini.Net yang prihatin.

Peniaga yang Tertindas,

SOGINDAD KOTA KINABALU

No comments:

Post a Comment