Friday, 6 May 2011

AZMAN HARUS BESTARI KAWAL PENYOKONG



LAYAK…..Jaafar (berbaju biru) menyifatkan perlantikan Awang Kadin (kiri) memang wajar dan layak untuk menjurutera semula Pergerakan Pemuda UMNO Sabah agar lebih dinamik dan harmoni.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

TINDAKAN Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin melantik Hj Awang Kadin Tang sebagai Ketua Pemuda UMNO Sabah, bagi menggantikan Azman Roslan memang wajar dan di sokong oleh semua ahli-ahli Pemuda UMNO demi mengukuhkan perpaduan yang sedia terjalin.

Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Ketua UMNO Cawangan Kampung Jalan Penglima Adam, Kg Bokara, Karamunting, Jaafar Mustapha kepada Sabahkini.Net kelmarin ketika diminta mengulas satu kenyataan yang bertajuk ‘Krisis UMNO Sabah Mulai Membadai’ seperti yang tersiar di portal Sabahkini.Net baru-baru ini.

Jaafar melahirkan rasa kesal terhadap penyokong mantan Ketua Pemuda UMNO Sabah Azman Roslan yang mendakwa dan menuduh secara melulu kononnya Awang Kadin adalah seorang bankrap kerana berhutang bernilai RM4 juta dengan kerajaan negeri Sabah melalui kontrak sarang burung.

“Inilah satu tabiat yang memang tidak bagus bila seseorang itusudah jatuh tersungkur, banyak hal yang berlaku semua tong tahi orang dibongkar didedahkan di dada-dada akhbar dan kenapa sebelum ini, walaupun mereka telah mengetahui latar belakangnya tidak mahu dibongkar,” kata Jaafar yang rasa kecewa terhadap perilaku para pengikut Azman.

Sebenarnya, jelas Jaafar, “Azman yang masih berhutang dengan Awang Kadin sebanyak RM25,000 yang sehingga ke hari ini belum lagi dilunaskan.”

Tambah Jaafar, semua ahli Pergerakan Pemuda UMNO Sabah wajar memberikan peluang kepada Awang Kadin untuk membuktikan daya kemimpinannya, apatah lagi perlantikan beliau telah dipersetujui oleh Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Jaafar menyifatkan tindakan liar para penyokong Azman akan mengucar-kacirkan kepimpinan Pemuda UMNO Sabah sehingga telah menjadi bahan ejekan dan bahan ketawa kepada parti-parti pembangkang yang ada di negeri ini.

Sepatutnya Pergerakan Pemuda UMNO Sabah, kata Jaafar harus menumpukan perhatian dan kerja mereka untuk memastikan Barisan Nasional mengekalkan majoriti dua pertiga pada Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka diadakan pada penghujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment