Para pembaca Sabahkini.net yang budiman,
KAMI mengambil masa lebih dua tahun sebelum memutuskan untuk membenarkan pembaca membuat komen di portal ini yang kini mempunyai lebih 3 juta pembaca setiap hari.
Berdasarkan pengalaman beberapa portal seperti Malaysia Today dan Malaysiakini, Sabahkini.net mengambil pendekatan untuk mengelak kejadian ‘Kerajaan’ bertindak menutup portal ini semata-mata kerana komen ‘liar’ dan tidak bertanggung jawab pembaca yang gagal mengawal kemarahan.
Jika Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim, menyaman Sabahkini.net berdasarkan salah satu artikel berjudul ‘Video Pengakuan Rakan Robengah’ hanya kerana caption yang menyatakan;
PENGAKUAN...Sumiati menunjukkan gambar beliau bersama Robengah ketika mereka kerja bersama di rumah Rais. Kenapa Robengah yang mandi tetapi Sumiati yang basah dan Rais yeng berkeringat jantan?
Sehubungan itu, saya memohon jasa baik pembaca yang dikasihi agar memberi komen yang bernas dan tidak memaki atau mencarut tanpa berlapik; sesuai dengan adat dan budaya ketimuran yang mengutamakan sopan santun dalam apa juga tindakan.
Seberapa yang boleh, Sabahkini.net tidak akan menapis segala komen yang dibuat kerana pembaca yang boleh membuat komen secara terus setelah berdaftar dengan DISQUS tetapi tertakluk kepada tindakan undang-undang terhadap ‘buah tangan’ mereka sendiri.
Untuk makluman anda, sistem DISQUS yang digunapakai Sabahkini.net dapat mengesan ‘IP address’ pihak yang membuat komen.
Salam Hormat,
MUTALIB M.D-EDITOR
No comments:
Post a Comment