Oleh : ABDULLAH SANI HJ. ABDUL SALLEH
PEKAN Semporna telah diteroka oleh B.N.B.C (Company) pada 11 Mei 1887 oleh Pemangku Gebenor, Pryer dan menemui The 'Peaceful Place' atau Semporna dalam bahasa bajau di hadapan Terusan Tonda Bollong serta menukarkan nama terusan itu kepada Terusan Treacher; 7 tahun selepas mereka memperolehi hak Pajak daripada Sulu pada 1881.
Sebelum ini, tidak ada manusia di kawasan yang dikenali sebagai Tong Talun oleh Bajau Omaddal. (Catatan Ada Pryer, Isteri Gebenor British 1887).
Selepas BNBC berperang dengan Bajau Omadal 1884 dan 1885, BNBC mula menguasi kawasan ini, lengkaplah awal penguasaan mereka terhadap wilayah Magindora. Walaupun sebelum ini pulau-pulau lain di Semporna belum dikuasai oleh BNBC sehingga 1903.
British memulakan penggunaan terma ’Bajau’ di Borneo bagi masyarakat ini sejak 1876 sementara terma ‘Sama’ masih diguna di Filipina Selatan pada masa itu.
Berakhirlah penguasaan Para Ulama Bajau di Wilayah dan Pulau–Pulau Semporna dengan kedatangan Penjajah ke negara ini, namun kisah Khatib Sarahari yang menjadi pemimpin Bajau di Wilayah itu masih menajdi kenangan dan diabadikan oleh mesyarakat tempatan dengan menamakan TONG SARAHARI di Pulau Timbun Mata (Bud Si Rongol) dan PAG PAIYAN SI SARAHARI di Bukit Botak Sirongol.
Bermulalah zaman si ‘Toonah’ menguasai Pekan Semporna dengan Pembenaan Struktur Pertama di daerah itu sebuah ‘Wharf’, jambatan batu yang dikenali sebagai Jalan Kastam Semporna pada hari ini, tetapi bumiputera masih merana kerana gagal mendapat pembelaan daripada Kerajaan Nasional.
Namun sayang seribu kali sayang kerana pemimpin hari ini tidak menyedari kepentingan perayaan 124 tahun Semporna yang jatuh pada hari yang sama dengan tarikh lahir UMNO iaitu 11 Mei. Amat malang bagi Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana tidak mengingati hari lahir daerah yang diwakilinya sejak beberapa penggal lalu.
No comments:
Post a Comment