Oleh: KENNEX BINSOOB CHEE
BARU-BARU ini, PRU ke-13 dikatakan akan diadakan pada bila-bila saja dan salah seorang pemimpin Umno Sabah iaitu Datuk Seri Shafie Apdal juga dikatakan sedang bersedia untuk merampas jawatan Ketua Menteri Sabah.
Seperti yang penduduk Sabah tahu, bukan mudah bagi Shafie untuk menewas Datuk Seri Musa Aman, sedangkan Ketua Perhubungan Umno Negeri ini juga sebagai seorang Ketua Menteri yang mendapat sokongan dari hampir kesemua bahagian Umno di Sabah.
Keadaan sebegini menyebabkan Shafie terpaksalah bergantung kepada Datuk Chin Su Phin, Timbalan Presiden LDP sebagai agen untuk menentang Musa Aman.
Chin juga bukan orang bodoh yang hanya sanggup dipergunakan. Baru-baru ini, khabar dalam politik mengatakan bahawa beliau telah memperolehi projek sebanyak RM52 juta dari Kementerian yang dijaga oleh Shafie, menjadikan jumlah projek yang diperoleh oleh Chin melepasi RM 300 juta.
Ini menjelaskan kenapa baru-baru ini Chin sekali lagi menyerang Musa Aman dengan alasan penduduk Sarawak tidak berpuas hati dengan Ketua Menteri mereka dan oleh itu, Sabah juga hendaklah menukar pemimpin tertinggi. Chin memang memahami pepatah, ‘no pain, no gain’.
Tidak boleh dinafikan bahawa Shafie dan Chin memainkan taktik saling guna-mempergunakan. Shafie memberi projek kepada Chin dan Chin mempergunakan nama LDP untuk menyerang Musa Aman.
Kasihan juga LDP dan masyarakat Cina kerana telah dipergunakan sebagai kambing hitam. Pertengkaran antara Chin dan Musa Aman telah mengakibatkan LDP kehilangan banyak jawatan kerajan terutamanya, Timbalan Ketua Menteri.
Senang-senang Chin menguntungkan diri berjuta ringgit dengan hanya temberang di media, nasib malang pula membanjiri LDP sebab satu sen pun tidak pernah dapat oleh LDP walaupun nama LDP itu sering muncul di media.
Sewajarnya ahli-ahli LDP tidak patutlah berdiam diri memandangkan Chin masih tidak berhenti menggadaikan maruah LDP bagi mencari rezeki sendiri, jangan membiar saja kontraktor ini menghancurkan parti BN sampai diketawakan orang lain.
Saya cabar PM Datuk Najib menganti Musa Aman sebagai ketua Perhubungan UMNO Sabah dan lihat kalau Musa masih kuat.Pada masa itu juga kita lihat berapa bahagian UMNO masih bersama beliau.Kita mesti faham bahawa Musa bukan pemimpin di pilih oleh ahli UMNO untuk menarajui UMNO Sabah tapi atas lantikan Presiden UMNO.Pendek kata siapa saja dilantik sebagai ketua Perhubungan negeri akan diberi sokongan secara otomatik olih semua bahagian.Ini lah cara UMNO beroperasi.Kekuatan pemimpin itu akan lenyap dan hilang serta merta sekiranya pemimpin baru dilantik olih Presiden parti.Olih itu jangan lah terlalu memberi pujian dan dewaan kepada Musa Aman.
ReplyDelete