Tuesday 24 May 2011

PATI BERMAHARAJALELA, RAKYAT MENDERITA



Saudara Pengarang,

YANG terbaring di hadapan saya ini ialah Azman yang dikeroyok oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Filipina pada malam hujan renyai di Sembulan baru-baru ini.

Menurut Azman, beliau mendengar suara di bawah rumah memanggil dan mengugut agar beliau turun; jika tidak, rumah beliau akan dibakar.

Namun sebaik sahaja beliau turun seramai lima orang PATI Filipina daripada Likas terus menyerang beliau dan seorang daripada mereka mahu melibas kepalanya dengan parang tajam tetapi dia sempat mengelak tetapi malang kerana tangannya putus ditetak lelaki berkenaan.

Ketika lelaki-lelaki tersebut mengeroyoknya, Azman yang dalam keadaan ketiadaan tangan terpaksa mengangkat kaki ketika kakinya ditetak tetapi terkena kaki sepupu penyerangnya sehingga putus.

Akhirnya Azman dan penyerangnya yang putus kaki dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah dibantu penduduk kampung. Azman yang mempunyai anak seramai lapan orang dan ibubapa yang sedang uzur mengalami kecacatan kekal sepanjang hayat kerana tangannya yang puitus tidak ditemui; mungkin dibawa lari penyerangnya.

Bagaimana jika suatu masa kelak serangan ini berlaku ke atas kita atau saudara kita atau YB kita? Mungkin ketika itu sudah terlambat bagi kita untuk melakukan sesuatu? Apakah salah Azman sehingga tangannya dipotong dan nyawanya terancam? Masih adakah undang-undang di Malaysia, jika PATI bermaharaja lela dan menjadikan pembunuhan sebagai lawak jenaka?

Salam Hormat,

ISMAILY BUNGSU

6 comments:

  1. Alangkah bagusnya SEMUA PATI di hapuskan dari bumi sabah ini terus?

    ReplyDelete
  2. Ei eleh...pandai kelentong laki ni,Namanyer azman binti majikan@ org panggil die man....man ni seorg penagih dadah,x caye suruh die cek doktor darah kotor die.die ni pencuri,pecah rmh& samseng& kaki pukul.sbb tu. ade yg dendam kt die ....

    ReplyDelete
  3. Jgn asyik nk salahkn PATI jer...rakyat tempatan ni pun sama jer....kaji dulu baru ckp!...die ni nmpak jer baik....org kalu dah pakar penipu....perompak...&penagih dadah... Padan la muke hang...!ko ni layak di panggil 'TOYOL'....ekekekekeke.....

    ReplyDelete
  4. Smoga ko cepat2 taubat....lgpun tgn hang dah xder"...dah x dpt ni mencuri& pukul org......wakakakakakakakakakakKa...... Allahu a'lam

    ReplyDelete
  5. PEMBALASAN &sumpahan Dari org yg teraniaya selama ini mendapat pembelaan......!!! Sepandai-sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke longkang yang busuk!lalu dibaham biawak &tapir....ekekekekekekek

    ReplyDelete
  6. Jangan asyik nak PATI jer,....bukan korang tak tau.. Yg rakyat tempatan sorg ni pun bekas banduan yg dh keluarkan masuk lokap.....McM pi holiday jer masuk jel tu....skrg ni pun,jgn harap la man no ni taubat.....haram! X caye la...

    ReplyDelete