Monday, 2 May 2011

RAIS ‘PINNOCHIO’ MAHU KAWAL MEDIA?




Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

TERPANA oleh pendedahan Skandal Seksnya, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim mengumumkan kerajaan kini bercadang menubuhkan Majlis Perundingan Media Negara bagi membolehkan semua perkara berkaitan dibincangkan secara harmoni antara kerajaan dengan media.

Rais mengumumkan bahawa Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam mewujudkan majlis berkenaan, yang dijangka dibentang kepada kabinet tahun ini.

Ketika ini, kata Rais, kedua-dua pihak sedang dalam peringkat pertemuan serta perbincangan bagi merangka bentuk majlis berkenaan, sebelum satu rangka lengkap dapat disiapkan secepat mungkin.

"Kita akan membincangkan perkara berkaitan media, antaranya kebebasan media dan tanggungjawab wartawan untuk mematuhi undang-undang atau peraturan yang sudah sedia ada, supaya kebebasan media itu dapat diamalkan secara positif. Ia juga adalah hasil daripada hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ingin melihat satu kerjasama yang lebih erat di antara media dan kerajaan, terutamanya dalam menghasilkan berita yang berkualiti, tepat dan kreatif," kata Rais yang cuba menyembunyikan kebimbangannya terhadap kedegilan Sabahkini.net yang enggan tunduk kepada desakannya dan terus menerus menyerangnya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Hadiah Kewartawanan MPI-PETRONAS 2010 pada Malam Wartawan Malaysia 2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini, Rais berkata penubuhan majlis itu juga bertujuan mengukuhkan profesionalisme wartawan yang dianggap satu kerjaya suci dan jujur.

Tambah Rais lagi, Majlis Perundingan Media Negara diwujudkan untuk kebaikan negara, terutama dalam proses melaporkan berita berkualiti serta mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Kita sudah mengadakan perjumpaan dengan Institut Akhbar Malaysia (MPI), pengamal media arus perdana dan media baru untuk berbincang sistem dan rangka majlis berkenaan supaya ia dapat menghimpunkan seramai mungkin pengamal media di dalam negara ini. Pengamal media di dalam majlis ini akan dapat berbincang dalam satu forum yang lebih luas dan ia akan bergandingan erat bersama kerajaan," katanya.

Rais berkata penubuhan majlis itu diharap dapat mengukuhkan amalan etika kewartawanan yang tinggi, pemupukan tanggungawab sosial dan semangat nasional di kalangan pengamal media.

Namun para Blogger, terutamanya Mutalib M.D menyifatkan Rais sebagai Pinnochio yang hidungnya semakin panjang jika berbohong; sebaliknya hidung Rais semakin tinggi (sombong) sehingga mahu menguasai media tetapi tidak hadir di Majlis Persidangan Blogger Malaysia-Asean baru-baru ini.

“Beliau bercakap tentang media baru (internet), tetapi enggan menerima kesahihan berita internet dan mencabarnya di mahkamah sebelum siasatan terhadap pertuduhan ke atasnya dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara,” ujar Mutalib yang menjangkakan Peguam Negara akan memberi jawapan umum iaitu ‘No Case To Answer’ memandangkan kedudukannya sebagai Menteri Kabinet.

Memandangkan Blogger mempunyai persatuan yang telah didaftarkan atas nama Blog House Malaysia (BHM), maka Mutalib mencadangkan pertemuan diadakan dengan Presiden dan Exco BHM jika Rais tidak bacul dan terpaksa berhadapan dengan para blogger yang membongkarkan kesnya seperti Rocky Bru.

No comments:

Post a Comment