Thursday, 5 May 2011

SELESAIKAN PEMBAHAGIAN KERUSI SEBELUM PRU-13



Oleh: FAIZAL OKADAU

PENGALAMAN perit menghadapi pilihanraya Negeri di Sarawak cukup untuk mengingatkan pendokong Pakatan Rakyat khususnya PAS tentang peri pentingnya pembahagian kerusi antara anggota Pakatan Rakyat diselesaikan lebih awal.

Tumpuan kerusi bertanding perlu dilakukan dengan kadar segera, dengan mengatur jentera pilihanraya dan perkara-perkara berkaitan terutama pemilihan calon.

Dewan Pemuda PAS menyakini bahawa pilihanraya Umum ke 13 akan dipanggil seberapa segera kerana isyarat pilihanraya Negeri Sarawak menunjukkan BN semakin kehilangan sokongan.

Dewan Pemuda PAS mendesak sekreteriat Pakatan Rakyat segera menyelesaikan pengagihan tersebut dengan PAS diberi lebih ruang untuk duduk sebaris dalam Pakatan Rakyat dengan bertanding di 15 kerusi DUN dan 6 parlimen.

Usul ini dibentangkan oleh perwakilan Pemuda PAS Putatan dalam Muktamar Pemuda Ke 25 di Sandakan Hotel. Ianya dibahas dengan panjang lebar oleh para perwakilan.

“PAS berkeyakinan dengan menghantar calon muda yang bersih, berpotensi dan berwibawa di kawasan yang telah dirintis oleh PAS , PAS mampu membantu Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke 13 nanti”, tegas Kasman Karate, perwakilan Kalabakan dengan penuh yakin.

Lahirul ketika mengulung perbahasan turut bersetuju dan berharap agar PAS diberi peranan yang lebih besar untuk bertanding dalam pilihanraya ke 13 nanti sesuai dengan tema muktamar pada tahun ini ‘Melangkah Memimpin Perubahan’.

”PAS perlu realisitik dengan perkembangan marhain yang mahukan perubahan . Pemuda mesti menjadi tiang perjuangan yang mendokong panji-panji perjuangan bagi membebaskan rakyat Sabah cekaman penindasan UMNO BN,” jelas Lahirul membakar semangat para perwakilan.

Sebelum ini, PAS hanya diberi dua kerusi DUN untuk bertanding dalam pilihanraya ke 12 lalu.

No comments:

Post a Comment