Saudara Pengarang,
"Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi". Saya berharap agar Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussien akan menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat kes seorang remaja dibelasah oleh Pengarah Penjara Keningau, Jaikol Bin Gubal bersama 3 rakannya di sebuah kedai 24 jam di Keningau; tanpa belas kasihan yang disiarkan oleh Sabahkini.net dan YouTube.
Saya ingin bertanya kepada Jaikol macam mana jika anaknya dikeroyok dan dibelasah seperti remaja tersebut? Saya tidak percaya seorang Pengarah Penjara boleh mabuk dan melakukan perkara begini seperti ‘Gengster’.
Kes tersebut telah menjatuhkan imej Penjara Malaysia dan Kerajaan Malaysia kerana Sabahkini.net dan Youtube boleh dilayari di seluruh dunia, hatta di Kutub Utara. Gara-gara seorang pegawai atasan kerajaan yang menyalahguna kuasa dan rasuah boleh menumbangkan kerajaan BN pada PRU 13 akan datang jika tidak dikawal oleh KDN.
Bukankah yang dibelasah dengan kejam itu berketurunan Cina dan tidak hairan jika BN akan kalah banyak kerusi dominasi Cina di Sabah jika isu ini tidak diselesaikan segera sebagaimana nasib parti SUPP di Sarawak pada pilihanraya 16 April lalu.
Jika seorang Pengarah Penjara dalam keadaan mabuk boleh masuk ke dalam kedai memukul remaja bersama rakannya seperti ‘anjing gila’, seperti yang kita lihat dalam Youtube; bagaimana pula orang tahanan yang ditahan di dalam penjara di bawah jagaan beliau?
Pengarah Penjara Keningau patut dipecat SERTA MERTA selepas siasatan dan rakannya wajib ditangkap segera dan disumbat ke dalam lokap Polis setelah mangsa membuat laporan Polis di Keningau.
Sebagai seorang warga Malaysia dan pembayar cukai, saya tidak percaya bahawa seorang pegawai atasan Kerajaan boleh melakukan keganasan terhadap seorang remaja seperti Gangster atau Anjing Gila.
Saya hairan bagaimana rakyat Sabah boleh halalkan cukai yang dipungut daripada mereka untuk membayar gaji Pegawai Penguatkuasa ‘Anjing Gila’ seperti Pengarah Penjara Keningau yang disiarkan Oleh Youtube?
Sehubungan itu, saya mendesak agar Dato’ Hishamudin meluangkan sedikit masa untuk menonton kes tersebut di Youtube dan mengambil tindakan tanpa kasihan terhadap mereka kerana rakyat anggap kesemua ‘penjenayah kolar putih’ itu adalah ‘Anjing Gila’ yang tidak memakai uniform ketika itu.
Salam Hormat.
JUSTICE OFFICER
"Jika seorang Pengarah Penjara dalam keadaan mabuk boleh masuk ke dalam kedai memukul remaja bersama rakannya seperti ‘anjing gila’, seperti yang kita lihat dalam Youtube; bagaimana pula orang tahanan yang ditahan di dalam penjara di bawah jagaan beliau?"
ReplyDeleteSaya pun berfikiran seperti pengarang ini. Mungkin mati ja tidak tu banduan2 itu. Jaikol Bin Gubal & geng2 dia ini anjing gila.
hal ini perlu disiasat, pengarah penjara tu patut diambil tindakan tegas, perbuatannya memukul orang adalah satu kesalahan.
ReplyDeletepengarah penjara yang terlibat dalam kes ni
ReplyDeletehttp://cikgur.wordpress.com/2011/02/07/organisasi-unit-akademik/
memang tidak patut la seorang pengarah penjara berkelakuan ganas seperti 'gangster'.
ReplyDeletemangsa perlu diberi pembelaan.
ReplyDeleteambil tindakan terhdap pengarah penjara tersebut.
ReplyDeletepekara ini perlu disiasat dengan teliti..
ReplyDeletejika benar seperti yang didakwakan, maka tindakan tegas wajar diambil.
ReplyDeleteJust send these abusive men to jail!
ReplyDeleteJaikol bin Gubal harus dipecat serta merta dan dihadapkan ke muka pengadilan..
ReplyDeletebukti yang kukuh sudah ada..apa yang ditunggu lagi?
ReplyDeletediharap menteri berkenaan akan campur tangan dalam kes ini..
ReplyDeleteHope that the police officer will be investigated and action taken against him.
ReplyDeleteIni telah menjatuhkan imej Jabatan penjara hanya kerana kesalahan seseorang.
ReplyDeletesemua anggota beruniform perlu ingat, siapa yang bayar gaji mereka, dan dari mana datangnya duit itu.. baru dapat jawatan pengarah penjara sudah pandai2 bertindak seolah2 ini sabah dia yang punya.
ReplyDeletesaya harap dia dapat duduk sama2 dengan banduan2 yang dia jaga.. baru dia tau langit itu tinggi atau rendah.. rasalah macam mana pula jadi banduan..
ReplyDeleteHarap kes ni dibela seadil adilnya.
ReplyDelete