Syarikat pengeluar pesawat Perancis (ATR) telah mengesahkan bahawa sebuah pesawat ATR 72-600 yang digunakan oleh TransAsia
Airways, Taiwan terlibat dalam nahas semalam.
Nahas udara itu berlaku pukul 10.45 pagi (waktu tempatan) dekat lapangan Terbang Songshan di Taiwan.
Dalam satu kenyataan Rabu dari Toulouse, Perancis, ATR berkata penerbangan GE235 mengadakan operasi antara Taipei dan Kinmen dengan membawa 58 orang.
Pesawat itu, yang didaftarkan di bawah B-22816, ialah MSN (Manufacturing Serial Number) 1141.
Pada ketika ini, punca nahas belum diketahui dan masih dalam siasatan.
ATR berkata Majlis Keselamatan Penerbangan Taiwan akan mengetuai siasatan dan akan menjadi sumber rasmi maklumat.
Menurut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), ATR akan menasihatkan Bureau d’EnquĂȘtes et Analyses (BEA), pihak berkuasa keselamatan Perancis, yang mewakili syarikat pengeluar pesawat.
ATR merakamkan simpati yang mendalam kepada keluarga, rakan-rakan dan ereka yang terlibat dalam nahas itu.
Laporan awal menyebut 23 orang terkorban selepas pesawat TransAsia Airways penerbangan GE235 terjunam ke dalam Sungai Keelung sejurus setelah berlepas dari Lapangan Terbang Songshan.
Sekurang-kurangnya 15 orang dipercayai terselamat manakala 20 lagi masih hilang.
-Bernama

No comments:
Post a Comment