TAHNIAH…Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kerjaraya Hadi Kassim yang mewakili Rosnah menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sempana penutupan program tersebut
PAPAR : Kerajaan komited membantu rakyat khususnya usahawan luar bandar untuk mereka menambah pendapatan dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi Negara melalui pelbagai program bagi meningkatkan ekonomi seharian.
Timbalan Menteri Kerjaraya Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, lonjakan berganda pendapatan dari tahap sederhana ke tahap pendapatan tinggi adalah penting bagi memastikan rakyat mampu menghadapi segala realiti cabaran dan menjadi lebih kompetetif dalam dunia global.
Justeru, dalam hubungan ini Rosnah berkata, kerajaan telah menyediakan pelbagai program samaada kursus, geran dan jaminan kredit untuk membantu usahawan memulakan perniagaan dan mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan mereka
“Dengan kepelbagaian sumber yang ada di persekitaran luar bandar, ia mempunyai potensi ekonomi yang besar dan mampu mengubah landskap sosio ekonomi masyarakat jika diusahakan secara bersungguh-sungguh” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan dan penyampaian sijil peserta aktiviti Kemas cawangan Pendidikan Masyarakat (CPM) di Dewan Serba Guna Briged Sabah (PGA) Kinarut dekat sini baru baru ini.
Teks Ucapan beliau disampaikan oleh Setiausaha Sulitnya A Hadi Kassim
Menurut Rosnah, tumpuan kerajaan agar rakyat khususnya masyarakat desa menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan pastinya akan membuka lembaran baru kepada kehidupan yang lebih cemerlang di kawasan luar Bandar .
Tambah Rosnah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, kebanyakkan produk luar bandar mempunyai nilai kreativiti dan nilai pasaran yang tinggi. Walau bagaimanapun, produk luar bandar memerlukan nilai tambah sama ada dari segi pembuatan, pemprosesan atau pengeluaran bagi menjana pendapatan usahawan dan memastikan produk mereka lebih berdaya saing dan mampu menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.
“Saya berharap para peserta yang menyertai kursus ini, akan memanafaatkan sepenuhnya pengalaman yang mereka perolehi untuk menceburi bidang perniagaan yang sesuai, dengan mengamalkan budaya usahawan yang berani menghadapi cabaran, memiliki daya inovatif dan kreatif bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi untuk mengubah taraf kehidupan yang lebih sempurna” tambah Rosnah
Menurut Rosnah lagi para peserta kursus perlu bersikap proaktif dan bijak memanfaatkan pengalaman yang diperolehi dan bijak merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan.
Galeri Majlis :
DIHARGAI Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kerjaraya Hadi Kassim yang mewakili Rosnah menerima cendra kenangan dari penganjur selepas merasmikan penutupan program tersebut
PESERTA … Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kerjaraya Hadi Kassim (tengah) yang mewakili Rosnah bersama peserta dan ahli jawatankuasa penganjur majlis tersebut
HASIL KERJA…Antara hasil kerja yang dihasilkan oleh para peserta kursus turut dipemirkan sempana program tersebut
BANGGA…Antara peserta yang telah menamatkan kursus tersebut berbangga bersama sijil yang mereka perolehi
No comments:
Post a Comment