Sunday 18 September 2011

ANNUAR LANCAR PIALA MERDEKA



TENDANG….Annuar memulakan ‘kick off’ pertandingan Piala Merdeka Mukim Senagang.

Oleh : ROZIE JUMAT

SEBANYAK 32 pasukan telah menyertai pertandingan bolasepak 9 sebelah Piala Merdeka Mukim Senagang di Keningau. Pertandingan tersebut diadakan sempena Hari Malaysia dilancarkan sempena hari tersebut di Padang SK.Senagang.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Ahli Jawatan Kuasa Umno P.180 Keningau, Annuar Datuk Ayub.

Bercakap kepada media, Annuar berkata belia masakini sangat bertuah kerana diberi galakan dan sokongan oleh pelbagai pihak dan kerajaan juga memberi bantuan dalam pelbagai cara bagi mereka menonjolkan bakat.

“Saya juga mempunyai banyak misi dan visi untuk melihat pembangunan belia ditingkatkan terutamanya di kalangan belia pedalaman,” kata Annuar yang merupakan ahli sukan negeri semasa zaman remajanya.

Pertandingan itu dianjurkan oleh Gabungan Belia Mukim Senagang.

Turut hadir di majlis itu ialah Pengerusi JKKK Kg.Senagang, Paul Gisis, Ketua Kampung, Lasil Lotos dan AJK Umno Keningau.

No comments:

Post a Comment