Monday, 26 September 2011

SPRM MASIH KENDALI MAHKAMAH KANGAROO?



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

SEMAKIN ramai Panel SPRM dilantik untuk tujuan penambahbaikan, penguatkuasaan dan meningkatkan kredibiliti SPRM, namun mutu pendakwaan masih ditaraf ‘Tadika’ sehingga pembayar cukai merasakan SPRM hanya mewujudkan ‘Mahkamah Kangaroo’ untuk membicarakan kes rasuah berprofail tinggi kerana hampir kesemuanya terlepas.

Dalam kes rasuah melibatkan The Untouchable Michael Chia Tien Foh yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan baik dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet Malaysia; malah mengaitkan DYMM Yang Di Pertuan Agong, mahkamah mendapati beliau tidak bersalah setelah Pendakwaraya Kevin Morrais dan Joyce Blasius gagal mengemukakan bukti yang melampaui keraguan munasabah.

Entah bukti apa yang diperlukan mahkamah kerana Bankdraft dikeluarkan atas nama salah seorang tertuduh, Lo Man Heng dan seorang saksi yang diubah status menjadi Defendan tanpa kerelaan saksi, Chong Shak Nyen.

Jika mahkamah mendapati tidak ada kes untuk dibicarakan, sewajarnya ditamatkan atau ditolak ketika sebutan kes atau ketika pendakwaan dibacakan tanpa perlu meminda pertuduhan dan menukar saksi kepada Defendan; satu percubaan untuk melemahkan bukti dan melupuskan saksi.

Namun setelah 25 saksi memberi keterangan dan setelah banyak membuang masa mahkamah, pendakwaraya masih gagal mengemukakan bukti sedangkan Bankdraf RM25 juta (hasil menjual konsesi) telah ditunaikan oleh syarikat cabang pelaburan UMNO, Nadi Hasil Sdn.Bhd.

Wang tunai, sebahagiannya dirampas SPRM sebagai bahan bukti dan diserahkan saksi adalah atas permintaan tertuduh, ‘The Untouchable of The Untouchable’ sebagai syarat untuk mendapatkan lesen membalak untuk Peluamas Sdn.Bhd daripada konsesi Yayasan Sabah dengan subahat Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah, Daud Tampokong.

Siapa yang mengambil wang RM3.2 juta yang sepatutnya masuk ke Tabung UMNO Sabah? Kenapa Bendahari UMNO Sabah berdiam diri?

Persoalan yang memeningkan kepala saksi dan mangsa tipu ialah kenapa kes ini dikendalikan SPRM sedangkan kes ini sepatutnya dibawah bidang kuasa Polis Di Raja Malaysia kerana melibatkan kes tipu dan pecah amanah dan bukannya rasuah?

Mungkinkah SPRM akan memfailkan rayuan ketika ‘The Untouchable’ duduk tersenyum di sebelah Hummer yang dipandu oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri? Mungkin tidak!

Jika rayuan difailkan, hanya sebagai SOP SPRM dan bukannya untuk memenangi kembali kes berkenaan yang jelas akan dimenangi SPRM jika tidak ada ‘Tangan Ajaib’ yang menentukan atau campurtangan agar Hakim Mahkamah Sesyen membuat keputusan pihak pendakwa (SPRM) gagal mengemukakan bukti yang melampaui keraguan munasabah; sehingga tidak mempunyai pilihan dan terpaksa melepas dan membebaskan tertuduh tanpa perlu dipanggil membela diri.

Akhirnya, NO CASE TO ANSWER! Tahniah SPRM

No comments:

Post a Comment