Monday, 26 September 2011

BATALKAN PEWARTAAN PULAU SIPADAN



Oleh : URUSETIA LCF-TSMP

PENGISYTIHARAN niat untuk menjadikan Laut dan Terumbu Karang yang mengelilingi Pulau Sipadan oleh kerajaan Negeri Sabah melalui surat bertarikh 4 November 2009 oleh Pegawai Daerah Semporna, AM Ibnu Bin Haji AK Baba mendapat bantahan yang sama dari para pewaris Pulau Sipadan; antaranya Tuan Haji Abdul Raup Bin Mahajud dan anak beliau beliau Abdul Nasir Bin Hj. Abdul Raup.

Haji Abdul Raup memaklumkan bahawa sudah berpuluh surat dikemukakan kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat dan perihal warisan mereka di Pulau Sipadan, tetapi tidak ada satu surat yang mendapat Layanan dari pihak PPHT dan Pejabat Tanah.

Sehinggalah beiau melihat laporan yang dibuat oleh Pihak Waris Taman Marin Tun Sakaran melalui LCF-TSMP mengenai kegusaran mereka melihat tindakan Taman-Taman Sabah yang seolah-olah mengambil kesempatan dari Hak milik penduduk asal Daerah Semporna; malah ingin menghapuskan masa hadapan harta warisan mereka. Tindakan itu telah menyebabkan beliau merasa ragu terhadap niat Pengisytiharan Taman-Taman Sabah terhadap Pulau Sipadan.

Niat Isytihar Pulau Sipadan Sebagai Taman Sabah

NIAT…..Surat Niat Pengisytiharan Pulau Sipadan.

Pengerusi Forum Komuniti Waris Taman Marin Tun Sakaran (LCF-TSMP) yang dikunjungi oleh Waris Pulau Sipadan di kediaman beliau petang kelmarin telah memaklumkan bahawa Waris Pulau Sipadan berhasrat untuk bergabung dengan LCF-TSMP bagi mempertahankan hak warisan mereka di Pulau Sipadan; supaya tidak dinafikan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak Taman-Taman Sabah.

Para Waris Pulau-Pulau Semporna yang datang dari satu keluarga dan keturunan, baik dari Pulau-Pulau di Taman Marin Tun Sakaran (Diwartakan 2004) dan Pulau-Pulau Gagasan Sipadan yang bakal diwartakan tidak lama lagi, akan berkerjasama melindungi Hak warisan mereka di kawasan pulau-pulau berkenaan.

Haji Abdul Raup selaku waris yang sah, sebelum ini telah berjaya mendapat hak pampasan Kutipan Telur Penyu daripada Mahkamah Tinggi Sabah Sarawak melalui tuntutan mereka N0. K22-159 0f 2006; memaklumkan kekhuatiran mereka terhadap niat pengisytiharan Taman Pulau Sipadan akan menghapuskan hak jika tidak diadakan satu Pendengaran Awam (Public Hearing) di pejabat PPHT terlebih dahulu.

Mereka ini mencontohi tindakan yang dilakukan oleh para pewaris Taman Marin Tun Sakaran pada 2002 dan 2003 yang membawa kepada perlindungan hak mereka dalam Taman selama 999 tahun di bawah Seksyen 15/16 Hak NCR serta beberapa peruntukan Undang-Undang.

Haji Abdul Raup juga memaklumkan bahawa beliau mempunyai Hak Warisan yang di isytiharkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Tawau melalui Permohonan N0: SS-12-203 TAHUN 1998 dengan Pengisytiharan bahawa beliau adalah Waris Sah Keturunan Maharaja Mahamud Bin Singkalang yang berhak meneruskan Hak Warisan di pulau berkenaan.

Beliau amat kesal dengan tindakan Taman-Taman Sabah dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengabaikan permohonan mereka untuk mendapatkan kuota membawa 120 orang pelancong ke pulau berkenaan sebagaimana yang dinikmati oleh beberapa syarikat bukan bumiputera dan bukan pewaris.

Perintah Mahkamah Bukti Hak Waris

BUKTI….Perintah Mahkamah Bukti Hak Waris oleh Mahkamah Tinggi Borneo.

Setelah mengkaji keperluan Undang-Undang dan keperluan Hak adat terhadap pulau Sipadan dan mendapat nasihat dari LCF-TSMP yang dipengerusikan oleh Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh, mereka telah membuat keputusan berikut :

Haji Abdul Raup bersama Waris Generasi akan datang bagi Pulau Sipadan, Abdul Nasir Hj. Abdul Raup berkunjung ke rumah Pengerusi LCF-TSMP, Abdulah Sani Hj. Abdul Salleh bagi menyatakan sokongan padu kepada LCF-TSMP untuk terus memperjuangan hak para waris di kawasan pulau-pulau di Semporna.

Resolusi yang dicapai para pewaris akan menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak (Ad-Hoc Committee) bagi memelihara masa hadapan Waris Pulau Sipadan mengikut Adat Istiadat masyarakat Bajau dan menjadikan LCF-TSMP sebagai panduan dan penasihat terhadap Niat Pewartaan Taman Marin Pulau Sipadan, sama ada menguntungkan atau merugikan Waris Pulau Sipadan pada masa akan datang serta bersetuju agar Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh (Pengerusi LCF-TSMP) mengetuai pasukan mempertahankan Hak Warisan Pulau-Pulau Semporna yang terancam oleh perlanggaran Hak adat.

WARIS…Haji Abdul Raup bersama Waris Generasi akan Datang bagi Pulau Sipadan, Abdul Nasir Hj. Abdul Raup berkunjung ke rumah Pengerusi LCF-TSMP Abdulah Sani bagi menyatakan sokongan padu kepada LCF-TSMP memperjuangkan hak para waris di kawasan Pulau-pulau Semporna.

Para Pewaris akan menyertai Industri Pelancongan yang pernah mereka jalankan bersama syarikat-syarikat pelancongan sejak 1980-an dan 1990-an bagi menambah kuota untuk melawat Pulau Sipadan setiap hari, kerana kuota yang sedia ada iaitu 120 orang sehari adalah kuota pihak luar (Bukan Pewaris) kerana pewaris difahamkan setiap hari pelancong memasuki Pulau Sipadan melebihi 200 orang; jesteru itu pewaris wajar memiliki kuota khas sendiri untuk melawat pulau itu dengan nisbah 1:1 di antara syarikat Pelancongan.

Pewaris akan meminta pihak berkuasa untuk mengekalkan nama asal bagi terumbu karang dan takat, disamping menambah nama-nama geografi komersil yang baru diperkenalkan, bagi mengelkalkan hak dan khazanah warisan terpelihara selaras dengan dasar Taman-Taman Sabah, terutama terumbu karang ‘Keheh kuhitah’ di Pulau Sipadan.

Terdapat beberapa nama asal dikawasan terlibat dengan niat pewartaan hendaklah dikekalkan, ‘Tabbah Puasan’, ‘Tabbah Tongkel’, ‘Tabbah Bowa Look’, ‘Tabbah Poakan’, ‘Tabbah Babagan’, ‘Halo Tong’, ‘Kud Jambangan’, ‘Halo Bungkung’, ‘Tabbah Tambid’, ‘Tabbah Tong Lakit’, ‘Halo Labuan’, ‘Tabbah Tong Sekehan’, ‘Tabbah Tong Si Manuk’, ‘Tabbah Lampuhan’.

Semua nama asal ini menandakan bahawa warisan masyarakat Bajau memang terdapat di kawasan itu, termasuk di Pulau Ligitan, Denawan, Si Amil yang menunjukkan bahawa Hak Adat mereka terhadap Terumbu Karang di kawasan berkenaan tidak boleh dinafikan begitu sahaja sehingga melanggar Undang-Undang Adat Negeri Sabah di bawah Seksyen 15/16 Hak NCR.

SIPADAN….Perintah ini membuktikan bahawa Haji Abdul Raup adalah Waris Sebenar Pulau Sipadan yang beliau warisi sejak ratusan tahun daripada nenek moyangnya.

Pewaris akan mengambil kira model Hak Perlindungan Pewartaan Waris Taman Marin Tun Sakaran (TSMP) 2004 yang diperkenalkan kerajaan negeri Sabah terhadap Waris Pulau Sipadan pada masa akan datang dan meminta Niat pengisytiharan DITANGGUHKAN terlebih dahulu atau DIBATALKAN sama sekali jika tidak menguntungkan pewaris.

Pewaris tidak berminat menyertai Taman-Taman Sabah setelah melihat pengalaman yang dilalui oleh Waris TSMP yang diabaikan oleh Taman-Taman Sabah sebaik sahaja Taman-Taman Sabah memperolehi hak pewartaan daripada Kerajaan Sabah pada 2004, tetapi tidak berbuat apa-apa dan tidak bekerja ke arah menyelesaikan Hak Warisan Pulau Pulau di kawasan Semporna.

Pengisytiharan 100,000 ekar Taman Marin Tun Sakaran dan 35,000 ekar Taman Pulau Sipadan telah menyebabkan pewaris kehilangan pendapatan berbillion ringgit jika tiada tindakan diambil oeh para Wakil Rakyat di kawasan itu.

ENGKAR….Waris Taman Marin Tun Sakaran yang bermesyuarat minggu lalu memutuskan untuk tidak mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh Taman-Taman Sabah yang dipengerusikan oleh Pengerusi LCF-TSMP Abdullah Sani.

Jesteru itu pewaris melihat Semporna perlu diwakili oleh seorang anak tempatan yang benar-benar prihatin terhadap masa hadapan mereka.

Untuk rekod, Taman Marin Tun Sakaran dalam kawasan DUN Sulabayan yang diwakili oleh Datuk Haji Harman Mohammad dan Taman Pulau Sipadan dalam Kawasan DUN Senallang yang diwakili oleh Datuk Nasir Tun Sakaran, tetapi mereka telah GAGAL menjaga kepentingan para pewaris di Pulau-Pulau berkenaan.

Menghadkan Hak warisan beratus ribu ekar di dua Taman Marin seluas 135,000 ekar kepada penduduk tempatan dan memberi keistimewaan kepada para pengusaha pelancongan, tanpa menghiraukan masa hadapan penduduk tempatan adalah satu tindakan yang zalim dan amat merugikan para pewaris.

No comments:

Post a comment