Friday 30 September 2011

JAMBATAN TUN MUSTAPHA TIDAK SELAMAT?



Oleh: MEDIA DAP PEDALAMAN

KETUA Perhubungan DAP Pedalaman, Dr Benjamin Yapp menggesa kerajaan BN agar mengambil tindakan proaktif menangani masalah keuzuran jambatan Tenom Lama (Tun Mustapha) yang tidak pernah diselenggarakan sejak dibina pada 1970-an bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Menambah rumit lagi keadaan, kata Dr Benjamin, apabila kerajaan gagal memasang lampu jalan di jambatan berkenaan, sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan pengguna di waktu malam.

Katanya, meskipun terdapat beberapa rungutan pengguna termasuk pemimpin persatuan, pemimpin politik dan pengguna, namun tidak ada pihak yang melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah yang telah lama berlarutan.

“Saya telah menerima banyak rungutan masyarakat di sini, khususnya para pengguna jambatan tersebut yang meminta kepimpinan DAP mengutarakan masalah ini kepada kerajaan kerana bimbangkan keselamatan mereka setiap kali melalui jambatan uzur berkenaan. Mereka (pengguna) tertanya-tanya kenapa isu ini tidak pernah selesai selepas aduan demi aduan dikemukakan,” kata Dr Benjamin ketika memberitahu media, kelmarin.

No comments:

Post a Comment