Saturday 24 September 2011

‘THE UNTOUCHABLE’ BEBAS KES RASUAH!



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

SETELAH kes perbicaraan rasuah ‘Lelaki Terkaya Penuh Kontroversi’ di Malaysia, Michael Chia Tien Foh ditunda beberapa kali; termasuk meminda pertuduhan; saksi ditukar posisi sebagai Defenden dan setelah 25 Saksi memberi keterangan, akhirnya Mahkamah Sesyen Sandakan melepas dan membebaskan beliau dan Lo Man Heng daripada sebarang kesalahan rasuah kerana pendakwaraya gagal mengemukakan bukti yang melampaui keraguan munasabah.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Puan Elsie Primus yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Sesyen telah membaca keputusan berikut pada jam lebih kurang 9.55 pagi kelmarin yang berbunyi;

“Setelah mendengar keterangan saksi, selepas menimbang dan mengambilkira semua bukti yang dikemukakan di mahkamah; selepas membaca dan menimbang penggulungan bertulis dan setelah penilaian ke tahap maksima kes ini; Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwa telah gagal mengemukakan bukti yang melampaui keraguan munasabah terhadap kedua tertuduh di atas pertuduhan yang didakwa ke atas mereka. Sehubungan itu, kedua tertuduh telah dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri.”

Ketika Elsie membaca keputusan di hadapan kedua-dua tertuduh, Timbalan Pendakwaraya Kevin Morais dan Puan Joyce Blasius tidak hadir dan hanya diwakili Awang Samsul Bin Bungsu bagi pihak Timbalan Pendakwaraya; Peguambela Putli Norashikin Datu Gulam daripada Tetuan Liaw, Chan & Co yang mewakili Michael Chia dan Peguambela James Tsai daripada Tetuan Idrus & Tsai yang mewakili Lo Man Heng.

Sebelum ini, pada prosiding 12 September 2011, Elsie menangguhkan perbicaraan pada 23 September 2011 kerana mahkamah memerlukan lebih masa untuk membaca kesemua kenyataan bertulis bagi kedua belah pihak.

Michael Chia dan Lo Man Heng telah dituduh dengan niat, pada Jun 2004 bertempat di daerah Sandakan, Sabah, telah menipu seorang, Chong Siak Nyen daripada Syarikat Peluamas Sdn.Bhd dengan meyakinkan beliau mempercayai bahawa tiga perkara perlu disediakan sebelum mendapat surat kelulusan berhubung operasi pembalakan di Coupe BW12/02: Mengeluarkan dan Membeli Balak Komersil daripada Hutan Simpan Kabalakan, Sabah, iaitu;

1) Menyerahkan kembali pembelian 100,000 meter padu balak yang telah dimaterai pada 25 Mei 2004 kepada Rakyat Berjaya Sdn.Bhd/Innoprise Corporation Sdn.Bhd, syarikat subsidiari Yayasan Sabah sebagai 'write off';

2) Membayar RM3 Juta untuk Tabung Politik UMNO Sabah, dan;

3) Membayar komisyen RM25 bagi satu meter padu sebagai caj asas bagi semua balak yang dikeluarkan oleh Syarikat Peluamas Sdn.Bhd daripada Hutan Simpan Gunung Rara (Benta Wawasan).

DAN bahawasanya kamu secara tidak jujur telah menipu Chong Siak Nyen dengan menyerahkan Surat Kuasa bertarikh 22 Jun 2004 yang telah diberikan untuk membeli 100,000 meter padu balak kepada syarikat yang dimiliki UMNO Sabah, membayar RM1 juta kepada Tabung Politik UMNO Sabah dan komisyen RM2.2 juta kepada Lo Man Heng seperti berikut;

01) 22 September 2004 RM 100,000

02) 10 Disember 2004 RM 20,000

03) 10 Disember 2004 RM 10,000

04) 14 Disember 2004 RM 400,000

05) 11 Mac 2005 RM 100,000

06) 16 Mac 2005 RM 80,000

07) 22 Mac 2005 RM 100,000

08) 23 Mac 2005 RM 100,000

09) 18 April 2005 RM 40,000

10) 13 Mei 2005 RM 80,000

11) 14 Mei 2005 RM 60,000

12) 01 Julai 2005 RM 20,000

13) 13 Julai 2005 RM 50,000

14) 21 Julai 2005 RM 150,000

15) 29 Julai 2005 RM 100,000

16) 09 Ogos 2005 RM 150,000

17) 15 September 2005 RM 450,000

18) 15 November 2005 RM 150,000

19) 16 November 2005 RM 25,000

20) 24 November 2005 RM 15,000

Bahawasanya Chong Siak Nyen tidak akan menyerahkan Surat Kuasa dan wang yang dinyatakan di atas, jika dia mengetahui dan sehubungan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksesaan yang menetapkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat dan juga denda.”

Tetapi pada 25 Julai 2011, Kertas Pertuduhan telah dipinda seperti berikut;

“That you, with common intention, in June 2004 at the District of Sandakan, in the State of Sabah, did attempt to cheat Dato' Agus bin Hassan from Syarikat Peluamas Sdn Bhd by deceiving him into believing that there were three conditions that had to be fulfilled in order to obtain the letter concerning the log operation of Coupe BW12/02:Extraction and Purchasing of Commercial Timber at Hutan Simpan Kalabakan, Sabah, namely :

i. To surrender back the purchase of 100,000m3 of logs signed on 25 May 2004 to Rakyat Berjaya Sdn Bhd/Innoprise Corporation Sdn Bhd, a subsidiary company of the Yayasan Sabah as a write off;

ii. To pay RM3 million for purpose of political fund for the Parti UMNO Sabah, and

iii. To pay commission of RM25.00 per m3 basis to be charged on the logs excavated by Syarikat Peluamas Sdn Bhd at Gunung Rara Forest Reserve (Benta Wawasan Coupe)

and you thereby attempted to dishonestly induce Dato' Agus bin Hassan through Chong Siak Nyen to deliver a Power of Attorney dated 22 June 2004 that has given the purchasing of 100,000m3 of logs, allegedly to a company owed by the Parti UMNO Sabah and pay RM2.5 million allegedly for Parti UMNO Sabah's political fund, and thereby you have committed an offence punishable under section 420 Penal Code read together with section 34 and 511 of the Penal Code.”

Keputusan ini merupakan satu kejutan kepada sistem kehakiman di Sabah kerana setelah 25 saksi memberi keterangan dan tuduhan dipinda; akhirnya tuduhan liar bahawa terdapat ‘Tangan Ajaib’ yang membuat keputusan untuk ‘membuang kes berkenaan’ yang melibatkan nama baik UMNO yang diburukkan melalui pendakwaan kes ini mungkin benar.

No comments:

Post a Comment