Wednesday 28 September 2011

DPP ‘GAY’ LAYAK DAPAT DATUK?



Oleh : MUTALIB M.D

JIKA Mantan Menteri Undang-Undang di Malaysia (kini Presiden KITA), Datuk Zaid Ibrahim pernah menyifatkan Malaysia sebagai Zimbabwe; maka orang yang menjadikannya realiti ialah Timbalan Pendakwaraya, Anthony Kevin Morais; kerana bukan sahaja mewujudkan ‘Mahkamah Kangaroo’ malah membuatkan mahkamah tunduk kepada Peraturan Gay, ‘Plug and Play!’.

Kevin yang gemar mengunjungi Kelab Gay ketika bercuti di London pernah menemui seorang Jutawan Gay Malaysia, Azlan Yeo Guan Hock; sewajarnya layak dianugerahkan bintang kebesaran negeri Sabah P.G.D.K (Datuk) di atas jasa-jasanya menjaga nama baik UMNO yang didakwa menerima rasuah RM2.5 juta daripada Peluamas Sdn.Bhd melalui tiga wakil yang dilantik oleh The Untouchable Michael Chia Tien Foh.

Kehebatan Kevin melakukan ‘Plug and Play’ di mahkamah boleh dibaca daripada link berikut iaitu SANDIWARA 1, SANDIWARA 2 dan SANDIWARA 3.

Salah satu sikap buruk Kevin ialah menjawab pertanyaan Hakim dengan “Tak Tahu, Tak Tahu, Tak Tahu”, sinonim dengan V.K.Lingham, “Correct, Correct, Correct!”



Sebagai pemain Professional ‘Plug and Play’ di Kelab Gay London, Kevin sering melaporkan kegiatan atau pergerakannya melalui Twitter Anthony Kevin Morais sehingga Sabahkini.net berjaya mengesan ada sesuatu yang tidak kena apabila Kevin melaporkan dalam dua posting di Twitternya pada 22 Ogos seperti berikut;

dppSPRM_kevin Anthony Kevin Morais

Kes PP v Chia Tien Foo & Loh Man Heng - Pengadu telah dijadikan saksi belot dan tidak dipanggil. Pertuduhan dipinda.

22 Aug Favorite Retweet Reply

dppSPRM_kevin Anthony Kevin Morais

Kes pendakwaan PP v Chia Tien Foo & Loh Man Heng, tutup. 2 saksi ditawarkan. Hujah pd 13Sep.

Sabahkini.net telah berjaya mencium bau keputusan yang bakal dibuat mahkamah melalui artikel bertajuk ‘Daripada Tauke Balak Ke Tauke Pasir?’

Tindakan ‘Tangan Ajaib’ yang memaksa Saksi Pertama, Chong Siak Nyen @ Dinasour Chong yang ketika siasatan SPRM adalah ‘Tertuduh’ bersama Michael Chia dan Lo Man Heng, diubah menjadi Saksi Pertama setelah memberikan kerjasama.

Namun setelah Chong ‘diminta’ meminda kenyataan sebanyak 7 kali menyebabkan beliau bingung dan Kevin menuduh Chong sebagai ‘Belot’ (rujuk Twitter) lalu dilucutkan sebagai Saksi dan tidak langsung dipanggil memberi keterangan ketika perbicaraan sedang berjalan.

Mengikut undang-undang, SPRM sewajarnya menangkap Chong dan mendakwa beliau di mahkamah kerana memberi keterangan palsu; dan dalam kes ini Chong bagaikan ‘Liquid Paper’ yang telah dihilangkan jejak dengan kebijaksanaan Kevin.


Persoalannya, dengan ‘Tiga Bank Draf’ Hong Leong Bank Berhad bernombor 335505 bernilai RM 500,000 atas nama Han Kan Kong (690310-12-6137); 335506 bernilai RM1 juta atas nama Lo Man Heng (691121-12-5631) dan 335507 bernilai RM1 juta di atas nama Chong Siak Nyen (660213-12-5039) yang kesemuanya bertarikh 21 Jun 2004; kenapa pihak pendakwaan gagal meyakinkan Hakim jika ada memanggil penandatangan Bank Draf berkenaan, Yong Lee Yih dan Cheah Siang Hong untuk memberi keterangan; ini kerana Bank Draf tidak boleh bercakap di Mahkamah?

Kenapa salah seorang penerima Bank Draf, Han Kan Kong tidak didakwa di mahkamah sedangkan beliau memainkan peranan penting dan turut menjadi ‘Penjenayah’ terbesar dalam industri pembalakan di Sabah kerana mencipta pelan pembalakan palsu; apatah lagi saudara kembarnya bertugas di Jabatan Perhutanan Sabah?

Menarik untuk dikaji, bagaimana The Untouchable Michael Chia Tien Foh begitu berkuasa di Yayasan Sabah sehingga dianggap sebagai Juruperunding kepada Yayasan Sabah atau Wakil Khas Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah, Haji Daud Tampakong?

Dengan kehebatan The Untouchable Michael Chia dan kepakaran ‘Plug and Play’ Kevin Morais, pemilik Nadi Hasil Sdn. Bhd, Andrew Lim telah meraih keuntungan besar hasil penjualan balak yang sepatutnya diperolehi oleh Peluamas Sdn.Bhd.

Mengikut harga balak ketika itu, iaitu ketika dunia diserang Virus SARS, harga terendah pada kadar RM460 satu meter padu dan harga yang ditawarkan Yayasan Sabah kepada Peluamas ialah RM249.50 (dibulatkan kepada RM250); maka perbezaan harga ialah RM210.

Dalam ekonomi makro atau mikro, tidak ada pakar ekonomi di dunia akan menemui situasi ini yang dianggap sebagai ‘Exclusive Right’ kerana ‘Orang Buta atau Kanak-Kanak Tadika’ mampu memberolehi untung atas angin RM21 juta (100,000 X 210) dalam sekelip mata jika dapat membeli 100,000 meter padu balak yang ditawarkan Yayasan Sabah kepada Peluamas Sdn.Bhd.

Peluang sekali seumur hidup tersebut sudah pastinya tidak dilepaskan Peluamas Sdn.Bhd, kerana jika tidak ditipu The Untouchable Michael Chia dan semua ‘Badut Sarkas’ seperti Daud Tampokong dan Andrew Lim; Peluamas akan memperolehi laba yang besar.

Tidak ada pihak yang boleh menyalahkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Puan Elsie Primus yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Sesyen (sekalipun terdapat dakwaan liar telah dibayar untuk menolak kes berkenaan) apabila membuat keputusan untuk melepas dan membebaskan tertuduh tanpa perlu dipanggil membela diri kerana pendakwararaya gagal mengemukakan bukti yang melampaui keraguan munasabah.

Menurut pertuduhan asal, Michael Chia dan Lo Man Heng telah dituduh dengan niat, pada Jun 2004 bertempat di daerah Sandakan, Sabah, telah menipu seorang, Chong Siak Nyen daripada Syarikat Peluamas Sdn.Bhd dengan meyakinkan beliau mempercayai bahawa tiga perkara perlu disediakan sebelum mendapat surat kelulusan berhubung operasi pembalakan di Coupe BW12/02: Mengeluarkan dan Membeli Balak Komersil daripada Hutan Simpan Kabalakan, Sabah, iaitu;

1) Menyerahkan kembali pembelian 100,000 meter padu balak yang telah dimaterai pada 25 Mei 2004 kepada Rakyat Berjaya Sdn.Bhd/Innoprise Corporation Sdn.Bhd, syarikat subsidiari Yayasan Sabah sebagai 'Write Off';

2) Membayar RM3 Juta untuk Tabung Politik UMNO Sabah, dan;

3) Membayar komisyen RM25 bagi satu meter padu sebagai caj asas bagi semua balak yang dikeluarkan oleh Syarikat Peluamas Sdn.Bhd daripada Hutan Simpan Gunung Rara (Benta Wawasan).

DAN bahawasanya kamu secara tidak jujur telah menipu Chong Siak Nyen dengan menyerahkan Surat Kuasa bertarikh 22 Jun 2004 yang telah diberikan untuk membeli 100,000 meter padu balak kepada syarikat yang dimiliki UMNO Sabah, membayar RM1 juta kepada Tabung Politik UMNO Sabah dan komisyen RM2.2 juta kepada Lo Man Heng seperti berikut;

01) 22 September 2004 RM 100,000

02) 10 Disember 2004 RM 20,000

03) 10 Disember 2004 RM 10,000

04) 14 Disember 2004 RM 400,000

05) 11 Mac 2005 RM 100,000

06) 16 Mac 2005 RM 80,000

07) 22 Mac 2005 RM 100,000

08) 23 Mac 2005 RM 100,000

09) 18 April 2005 RM 40,000

10) 13 Mei 2005 RM 80,000

11) 14 Mei 2005 RM 60,000

12) 01 Julai 2005 RM 20,000

13) 13 Julai 2005 RM 50,000

14) 21 Julai 2005 RM 150,000

15) 29 Julai 2005 RM 100,000

16) 09 Ogos 2005 RM 150,000

17) 15 September 2005 RM 450,000

18) 15 November 2005 RM 150,000

19) 16 November 2005 RM 25,000

20) 24 November 2005 RM 15,000

Bahawasanya Chong Siak Nyen tidak akan menyerahkan Surat Kuasa dan wang yang dinyatakan di atas, jika dia mengetahui dan sehubungan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksesaan yang menetapkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat dan juga denda.”

Jelas di sini bahawa RM2.2 juta yang disampaikan melalui Lo Man Heng dan telah diserahkan kesemuanya kepada The Untouchable Michael Chia tanpa mendapat komisyen walau 5 Sen adalah bukti ketara selain daripada RM2.5 juta yang diserahkan melalui tiga Bank Draf kepada tiga penama yang mewakili The Untouchable.

Tetapi pada 25 Julai 2011, setelah membuang Chong Siak Nyen daripada Saksi Pertama, Kevin telah meminda Kertas Pertuduhan kepada berikut;

“That you, with common intention, in June 2004 at the District of Sandakan, in the State of Sabah, did attempt to cheat Dato' Agus bin Hassan from Syarikat Peluamas Sdn Bhd by deceiving him into believing that there were three conditions that had to be fulfilled in order to obtain the letter concerning the log operation of Coupe BW12/02:Extraction and Purchasing of Commercial Timber at Hutan Simpan Kalabakan, Sabah, namely :

i. To surrender back the purchase of 100,000m3 of logs signed on 25 May 2004 to Rakyat Berjaya Sdn Bhd/Innoprise Corporation Sdn Bhd, a subsidiary company of the Yayasan Sabah as a write off;

ii. To pay RM3 million for purpose of political fund for the Parti UMNO Sabah, and

iii. To pay commission of RM25.00 per m3 basis to be charged on the logs excavated by Syarikat Peluamas Sdn Bhd at Gunung Rara Forest Reserve (Benta Wawasan Coupe)

and you thereby attempted to dishonestly induce Dato' Agus bin Hassan through Chong Siak Nyen to deliver a Power of Attorney dated 22 June 2004 that has given the purchasing of 100,000m3 of logs, allegedly to a company owed by the Parti UMNO Sabah and pay RM2.5 million allegedly for Parti UMNO Sabah's political fund, and thereby you have committed an offence punishable under section 420 Penal Code read together with section 34 and 511 of the Penal Code.”

Persoalan yang timbul di kalangan peguam di Sabah, kenapa The Untouchable Michael Chia dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu bagi ‘Kesalahan Menipu’ yang jika disabitkan kesalahannya boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun, boleh juga disebat dan di denda. Sejak bila SPRM kendalikan kes tipu yang berada di bawah jurisdiksi PDRM?

Menurut siasatan Sabahkini.net, Konsesi balak Yayasan Sabah ini telah diluluskan Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai (Tun) kepada Pemuda UMNO Sabah yang ketika itu diketuai oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai sumbangan Kerajaan Negeri Sabah kepada UMNO.

Bagaimanapun Shafie menjual konsesi tersebut kepada Ambrose Lee iaitu rakan beliau sebelum dibeli oleh Repco; namun apabila Musa Aman menjadi Ketua Menteri, beliau tidak bersetuju dengan pemberian konsesi tersebut kerana merugikan Kerajaan Negeri Sabah.

Formula yang dicapai, Yayasan Sabah telah bersetuju melupuskan (Write Off) 100,000 meter padu balak kepada Peluamas Sdn.Bhd, anak syarikat Repco Sdn.Bhd yang mendapat hak balak berkenaan sebagai pampasan kepada kerugian Repco.

Namun The Untouchable Michael Chia yang menjadikan Pejabat Yayasan Sabah sebagai ‘Rumah Kedua’ dan Pejabat Daud Tampokong sebagai ‘Tandas’ telah merebut peluang tersebut untuk memperdaya pemilik baru Peluamas Sdn.Bhd (pengambilalihan melalui tender terbuka Danaharta dengan harga RM13.5 juta), Datuk Agus Hassan Tan dengan meletakkan tiga syarat yang tidak wujud; seolah-olah dipersetujui Daud Tampokong, tanpa gentar perkara ini diketahui Ketua Menteri Sabah kelak.

The Untouchable Michael Chia telah memperdaya pemilik Peluamas Sdn.Bhd, Datuk Agus Hassan Tan bahawa Nadi Hasil Sdn.Bhd adalah cabang Pelaburan UMNO sebelum mengemukakan tiga syarat seperti di dalam kertas pertuduhan bagi menipu dan memperdaya Peluamas Sdn.Bhd untuk faedah diri sebagai syarat untuk mendapat lesen pembalakan.

Namun setelah kes berkenaan dibicarakan melalui ‘Mahkamah Kangaroo’ yang dibentuk oleh SPRM dan dikendalikan sepenuhnya oleh Kevin melalui teknik ‘Plug and Play’; The Untouchable Michael Chia telah berjaya memperolehi hasil yang lumayan kerana balak yang sepatutnya dijual oleh Peluamas Sdn.Bhd telah dijual kepada Nadi Hasil Sdn.Bhd.

Oleh itu tidak hairan jika Tranparensy International meletakkan Malaysia pada tangga ke 56 dengan mata 4.4 iaitu salah satu negara yang mengamalkan rasuah yang terburuk di Dunia; sedangkan jirannya Singapura pada kedudukan pertama dalam ranking dunia dengan mata cemerlang 9.3!

2 comments:

  1. oowh , kevin memang lembut . . n he's really really otak keling . . putar belit .

    ReplyDelete
  2. kite xde kuasa, xde pangkat, xde duit, ape leh buat. lumrah dunia memang camtu. nak kaya xde cara senang, kene jadi jahat.. apakah

    ReplyDelete