Oleh : MUTALIB M.D
MENGIKUT Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang, kesan buruk bahaya plumbum kepada kanak-kanak telah dikenalpasti sejak 100 tahun lalu setelah Pakar Perubatan mendapati kepekatan plumbum yang tinggi dalam darah meracuni banyak organ, tetapi kesan paling serius ialah mempunyai IQ yang rendah dan kerosakan kekal kepada otak.
Sehubungan itu, kajian yang dilakukan Yayasan Sabah dengan kerjasama Pusat Racun Negara (USM) pada 1996 mendapati kadar kandungan logam berat plumbum yang tinggi dalam darah Kanak-Kanak Tadika di Pantai Barat Sabah telah menyumbang kepada trauma kelembapan IQ dan kecacatan pada otak yang dihidapi oleh kanak-kanak Tadika berkenaan.
Dalam pada itu, Pusat Kawalan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat telah menyarankan agar seseorang kanak-kanak dianggap dalam keadaan BAHAYA sekiranya kepekatan plumbum dalam darahnya melebihi 10 mikrogram/100 ml.
Sehubungan itu, Sabahkini.net melancarkan Program JEJAK KASIH untuk mencari 30 mangsa plumbum yang hilang tanpa jejak sejak 1996 untuk menjalani ujian PERCUMA bagi menentusahkan kesihatan mereka, agar tidak mewariskan kecacatan otak kepada generasi akan datang.
Sabahkini.net memerlukan kerjasama mangsa, keluarga atau rakan mangsa untuk memaklumkan kepada Sabahkini.net kerana kesemua mangsa yang tersenarai ini mempunyai kepekatan plumbum dalam darah mereka antara 10 mikgrogram/100ml sehingga 18.83 mikrogram/100ml.
Ketahuilah, tidak ada UBAT untuk mengatasi masalah keracunan plumbum, melainkan melalui proses ‘Chelation’ dalam jangkamasa yang cukup lama. Bertindaklah sebelum terlambat. Sila email kepada kami, sabahkini.net@gmail.com alamat terkini dan nombor telefon mangsa agar dapat dibantu segera. Kebanyakan mereka kini merupakan remaja berusia dalam lingkungan 21 tahun. Bantulah kami, kasihanilah mereka!
01.LISLEN GULI - Tabika B/R Babagon, Penampang
02.NELXONLY YEE ABEL -Tabika Kemas Pekan Kiulu
03.DRAVION JAPIN- Tabika Kemas Pekan Kiulu
04.HOSANNA DAPHNA Tabika Kemas Pekan Kiulu
05.AZIMAN - Tabika Kemas Pekan Kiulu
06.FRANS ADDERLY - Tabika Kg. Bongkud, Ranau
07.ERIN BT GILBERT - Tabika Kg. Bongkud, Ranau
08.JOHANNA -Tabika Kg. Bongkud, Ranau
09.ENDRO BIN JITAM - Tabika Kg. Bongkud, Ranau
10.ESYTA ASHEELA SAIBON Tabika Kg. Kesiladan, Ranau
11.KHAIRUL ANUAR JAIS Tabika Kg. Kesiladan, Ranau
12.KELISIA -Tabika Kg. Kesiladan, Ranau
13.VELARIA LIAS -Tabika Kg. Kesiladan, Ranau
14.DANIOL -Tabika Kg. Kesiladan, Ranau
15.MOHD AZMAN TAHIR -Tabika Kg. Kesiladan, Ranau
16.NEAL KENNEDDY Tabika Kg. Kesiladan, Ranau
17.ALOHA BT AZIZ -Tabika Kg. Kesiladan, Ranau
18.MARZLYN C MARIUN -Tadika Chung Hwa, Likas, Kota Kinabalu
19.LUCKY HIDAYAT -Tadika Ria, Kota Kinabalu
20.ELLINE BT AMRAN -Tadika Chung Hwa, Kota Belud
21.LEDY VIKTOREY - Tadika Chung Hwa, Kota Belud
22.PSAYRIE DE CUELLA -Tadika Chung Hwa, Kota Belud
23.FAIZAL BIN KASSIM -Tadika Chung Hwa, Kota Belud
24.KEVIN LIEW - Tadika Chung Hwa, Kota Belud
25.JOSEPHIN CHIN Tadika Chung Hwa, Kota Belud
26.ARSHAD ADI -Tadika St. Joseph, Papar
27.EVELYN Tadika St. Joseph, Papar
28.MOHD ZULHADI SAIMIN -Tabika Kg Lohan, Ranau
29.MOHD SAZALI SALLEH -Tabika Kg Lohan, Ranau
30.SUHAIDIN PITRUS -Tabika Kg Lohan, Ranau
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMungkin mereka ini perlu berpindah dari tempat asal...my sister still alive until now and she has one child!
ReplyDeletepe bende ne
ReplyDelete