Wednesday 14 September 2011

MPS SEDIAKAN AROMA NAJIS DI TAMAN MESRA?



BUSUK....Mansur menunjukan ke arah lubang pembentungan najis yang tersumbat di Blok 17 yang berbau busuk.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

PEMBENTUNGAN najis yang tersumbat di Blok 17, Taman Mesra yang sekian lama tidak diselenggara oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah menimbulkan keresahan kepada penduduk bangunan itu kerana sudah tidak tahan dengan bau busuk yang bukan alang kepalang.

Seorang penduduk blok berkenaan, Mansur yang memberitahu kepada Sabahkini.Net mengenai masalah pembentungan itu menjelaskan beliau tiada niat sama sekali untuk mendedahkan perkara ini ke portal online Sabahkini.Net; tetapi tidak mempunyai pilihan lain kerana mahu MPS bertindak segera.

“Kami sudah beberapa kali memfailkan aduan rasmi ke pejabat MPS untuk melaporkan hal ini, tetapi tiada respon sehinggalah masalah pembentungan najis tersumbat semakin parah kerana najis melimpah keluar sehingga menimbulkan bau busuk yang meloyakan tekak,” kata Mansur.

Kata Mansur, beliau berharap dengan tersiarnya berita ini, MPS agar bertindak menyelenggara pembentungan najis yang menjadi masalah besar kepada Taman Mesra, Sandakan kerana bimbang akan menimbulkan pelbagai komplikasi sampingan seperti penyakit bawaan vector seperti taun.

No comments:

Post a Comment