Tuesday 13 September 2011

PERBEKK C JUARA TAKRAW MERDEKA



TAHNIAH… Ketua Kampung Ariffin Abdullah diiringi oleh Pengerusi PERBEKK Ustaz Said Awang Damit (kanan) dan Ahli Jawatankuasa PERBEKK Mazlan Joehari Manan (Kiri) menyampaikan hadiah kepada ketua pasukan PERBEKK C yang menjadi johan kejohanan tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

SEMPENA dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 tahun ini, Persatuan Belia Kampung Kuridak telah menganjurkan kejohanan sepak Takraw tertutup bertempat di gelanggang sepak Takraw kampung Kuridak.

Hampir 20 pasukan menyertai kejohanan tersebut dan PERBEKK C muncul sebagai Juara keseluruhan, PERBEKK A Naib Johan dan PERBEKK D berpuas hati di tempat ketiga pada kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu.

Terdahulu ketika berucap menutup kejohanan tersebut Pengerusi PERBEKK, Ustaz Said Awang Damit berkata, kejohanan tersebut selain untuk mencungkil bakat sukan dalam bidang sukan sepak takraw ianya juga menjadi flaffrom bagi menyuntik semangat patrotik di kalangan belia.

Katanya lagi, sukan merupakan wadah terbaik bagi membentuk sikap serta semangat serta daya juang mereka untuk bersaing dengan pelbagai bentuk cabaran di masa akan datang.

“Belia perlu memiliki semangat daya juang yang tinggi bagi menghadapi cabaran akan datang terutamanya dalam bidang ilmu serta kemahiran sebagai elemen penting untuk mereka mampu bersaing di pentas global; sesesuai dengan peranan mereka yang menjadi pemimpin pelapis bagi meneruskan agenda pembangunan bangsa, agama dan negara,” ujar Ustaz Said lagi.

No comments:

Post a Comment