SABAH Electricty Sdn.Bhd (SESB) mengesahkan dakwaan Farizan melalui surat pembaca bertajuk ‘Sambut Merdeka Dalam Kegelapan’ yang disiarkan pada 1 September 2010 dan berjanji kejadia seperti ini tidak akan berulang.
Melalui surat SESBCCD bertarikh 3 September 2010 yang dikirim melalui email dan diterima pada hari ini menjelaskan bahawa menurut rekod SESB gangguan bekalan hanya berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 31 Ogos 2010 (9.10 malam hingga 12.15 pagi) dan 1 September 2010 (9.36 pagi sehingga 10.55 pagi) disebabkan oleh penyuap (feeder) terpelantik kerana overload.
Jawapan SESB ini sekaligus memperakui aduan pengguna berkenaan seperti surat yang dilampirkan.
No comments:
Post a Comment